suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rieffa minta netizen jangan hina ibunya Ayu Kepoh

Rieffa, Ayu Kepoh, anak Ayu Kepoh, Rieffa kena kecam, Big Stage X Rocketfuel

PESERTA Big Stage X Rocketfuel, Rieffa memilih untuk berlapang dada berdepan kritikan netizen yang mengaitkan sikapnya dengan ibunya, pempengaruh Ayu Kepoh.

Menurut Rieffa atau Muhamad Alif Abdullah, 18, dia memahami punca perbandingan itu berlaku memandangkan mereka mempunyai pertalian darah. 

Bagaimanapun, Rieffa berharap kritikan yang diberikan tidak melampaui batas sehingga menghina ibunya.

"Nak buat macam mana dah saya anak dia. Kalau mak kepoh, anak dia pun kepoh. 

Rieffa tidak kecil hati dengan kecaman diterima.

"Mak hanya minta abaikan saja komen netizen dan jadi diri sendiri. Itu saja pesanan dia. 

"Bila sentuh soal mak saya, terasa jugalah tapi mereka (netizen) ada hak untuk bercakap cuma jangan sampai menghinalah," katanya kepada mStar.  

Dalam pada itu, Rieffa menjelaskan personalitinya yang aktif dan ceria bukan dibuat-buat, sebaliknya itu ialah dirinya yang sebenar.

Katanya, faktor usia yang masih muda turut membuatkan dia sentiasa bertenaga dan bersemangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan! Selepas kena calar, kereta arwah bapa dilanggar pula… TikToker Ayu Kepoh kecil hati netizen suruh jual

ARTIKEL BERKAITAN: Tersingkir Big Stage X Rocketfuel, Sufie Rose kembali kerja di hotel

"Saya memang seorang yang energetic, ditambah pula dengan usia yang muda. Tenaga saya tak pernah habis, ibarat macam bateri telefonlah. 

"Saya faham bukan semua boleh terima sikap seperti ini tapi nak buat macam mana, itu adalah personaliti sebenar saya. 

"Kalau orang mengata mungkin saya terasa sekejap saja, tetapi saya terima dengan hati terbuka," ujarnya.

Dalam masa sama, Rieffa turut mengulas mengenai komen netizen yang menyamakannya dengan anggota kumpulan Alpha, Araff Mohamed.

Menurutnya, perbandingan itu dilihat dari sudut positif kerana mampu memperkenalkan dirinya kepada lebih ramai peminat.

"Bagi saya, ini adalah satu peluang dan kelebihan untuk tarik lebih ramai orang mengenali saya.

Rieffa (tengah) sentiasa memberikan persembahan bertenaga di atas pentas.

"Kalau ditawarkan jadi ahli kelapan Alpha, ia merupakan satu tawaran besar sebab mereka daripada Big Stage Alpha. Kalau nak dibandingkan dengan saya, jauh berbeza. 

"Namun sekiranya ditawarkan, saya terima saja tapi saya tak berharap sangat pun," katanya. 

Sebelum ini, Rieffa menjadi perhatian apabila tampil membuat permohonan maaf selepas segelintir penonton kurang senang dengan tindakannya di atas pentas.

Malah, ada juga netizen yang menyamakan sikapnya dengan Ayu Kepoh yang dikenali dengan personaliti lincah dan sentiasa bertenaga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain