suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Rieffa mohon maaf, Ayu Kepoh tak fikir panjang tulis komen

Ayu mengakui kesilapan sendiri.

IBU kepada peserta program Big Stage X Rocketfuel (BSR), Rieffa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan komen yang ditinggalkan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir pihak.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ayu Kepoh itu, dia mengakui tindakannya dibuat secara melulu sebagai luahan rasa kecewa terhadap kenyataan spontan salah seorang lagi peserta iaitu Yad-Z.

"Saya tahu masa itu saya tak fikir panjang sebelum komen. Saya tahu tindakan saya salah," katanya.

Kenyataan Ayu di TikTok. 

Ayu menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu dia juga sudah membuat permohonan maaf kepada Yad-Z atas keterlanjuran kata-katanya itu, selain menunjukkan sokongan terhadap semua peserta BSR.

Ayu yang juga merupakan seorang personaliti media sosial turut berjanji akan lebih berhati-hati ketika memberi komen selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rieffa minta netizen jangan hina ibunya Ayu Kepoh 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan Yad-Z, Hussain tiada masalah

"Saya pun sudah minta maaf kepada Yad Z. Maaf kepada semua peminat Yad-Z juga.

"Selepas ini saya janji akan lebih berhati-hati ketika memberi komen," ujarnya.

Komen Ayu terhadap Yad-Z menimbulkan rasa kurang senang ramai. 

Terdahulu, Ayu meninggalkan komen meluahkan rasa kecewa apabila Yad-Z berpendapat anaknya patut tersingkir daripada program berkenaan.

Komen tersebut menimbulkan rasa kurang senang ramai yang menganggap Ayu sengaja mencari perhatian meskipun luahannya itu dibuat sebagai tanda sokongan terhadap Rieffa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain