suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nabil abai kecaman, fokus kendalikan 'Big Stage X Rocketfuel' saja

Nabil hanya laksanakan tugasnya sebagai pengacara sebaik mungkin.

NAMA Nabil Ahmad kembali menjadi bualan hangat kebelakangan ini apabila pemilihannya sebagai hos Big Stage X Rocketfuel (BSR) dipertikaikan oleh warga maya.

Biarpun sudah dua minggu program realiti nyanyian itu bersiaran, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad, 43, ini terus menjadi bahan cemuhan penonton di pelbagai media sosial.

Menjawab isu tersebut, Nabil berkata, dia tidak sedar mengenai pertikaian yang timbul dan memilih untuk berlapang dada.

Gandingan Nabil dan Azeva (kiri) menerajui Big Stage X Rocketfuel tidak disenangi penonton.

"Bagi saya terpulanglah apa orang nak cakap atau pertikaikan pun. Saya hanya buat kerja (mengacara) saya sahaja.

"Saya sudah diberikan tanggungjawab ini jadi saya fokus pada kerja sahaja. Selagi produksi okay dengan (kualiti) kerja saya, saya tak kisah tentang benda (pertikaian) lain," katanya kepada mStar.

Kontroversi tercetus apabila majoriti penonton tidak berpuas hati dengan pemilihan Nabil sebagai hos yang dilihat tidak sesuai dengan konsep program.

ARTIKEL BERKAITAN: Astro dah nasihat Nabil isu lawak keterlaluan, ambil kira teguran penonton GV

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

Nabil juga dikritik kerana bersikap keterlaluan dan huru-hara demi memeriahkan BSR, cenderung untuk mencelah ketika juri memberikan komen dan melontarkan jenaka yang hambar.

Sebilangan warga maya pula melihat Nabil lebih cocok mengendalikan Gegar Vaganza sahaja berbanding BSR yang mensasarkan audiens muda dan urban.

Malah, tidak kurang juga yang berasa jemu dengan kemunculan wajahnya kerap menerajui pelbagai program di Astro.

Saya hanya buat kerja saya sahaja

NABIL AHMAD

PENGACARA/PENYAMPAI RADIO/PELAWAK

Mengulas lanjut, Nabil akui tidak cakna dengan kontroversi yang timbul kerana pada hakikatnya dia kurang aktif di media sosial.

"Saya ada pasukan yang akan kemas kini apa-apa keperluan membabitkan kerja di media sosial.

"Biasanya selepas habis kerja saya memang tak tengok dan tak ambil peduli pun tentang media sosial," jelasnya yang juga sinonim selaku hos Meletop.

Nabil anggap setiap tawaran kerja rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.

Nabil enggan ambil peduli kecaman kerana dia tidak aktif di media sosial.

Nabil berkata, sebagai anak seni yang mencari rezeki dalam bidang hiburan, dia tidak pernah memilih atau menentukan tawaran kerja yang diterima.

"Semua (tawaran) ini rezeki dari Allah. Sudah ditentukan ini peluang untuk saya, jadi saya terima dengan lapang dada dan buat saja.

"Saya sentiasa bersyukur dengan apa juga peluang (kerja) yang diberikan. Selagi ada kepercayaan, saya buat kerja yang diberikan dengan sehabis baik," hurainya.

Nabil bergandingan dengan Azeva mengacarakan BSR yang kini bersiaran pada setiap Ahad pukul 9 malam di Astro Ria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain