SEORANG pengguna media sosial tampil memohon maaf selepas membuat kenyataan tidak benar yang mengaitkan penyanyi Zaki Yamani.Individu yang menggunakan nama Hirono di laman Threads itu mengakui kesilapannya dan turut meluahkan rasa kesal atas perbuatannya. "Saya sedar apa yang saya katakan itu tidak betul (fitnah) dan boleh menjejaskan nama baik dia (Zaki).Kenyataan maaf Hirono secara terbuka. "Saya mengaku salah dan harap pihak Zaki dapat memaafkan saya. Saya betul-betul kesal dengan tindakan saya," tulisnya secara terbuka.Hirono sebelum ini membuat satu kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah Zaki kini sedang rapat dengan seorang TikToker.Hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadamkan selepas Zaki sendiri memberi respons kurang senang terhadap dakwaan berkenaan.Zaki sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang. Malah, penyanyi itu juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hirono sekiranya individu berkenaan terus mengeluarkan kenyataan tidak benar tentang dirinya.Menerusi pemerhatian, Hirono aktif membuat perkongsian mengenai Zaki di laman Threads miliknya, termasuk perkembangan kerjaya penyanyi itu.Hantaran pertamanya yang dibuat pada 29 Jun turut menyebut nama Zaki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!