suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tiba-tiba nampak muka lama saya”... Aina Abdul terkejut MV ‘Kelip2’ tular semula, tak ambil hati kutukan netizen

Aina tenang dengan komen netizen.

PENYANYI Aina Abdul tidak melatah apabila muzik video (MV) lamanya berjudul Kelip2 kembali menjadi bualan netizen di Threads sejak kebelakangan ini.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata MV tersebut dihasilkan kira-kira enam tahun lalu ketika dia masih berada di peringkat awal kemunculannya dalam industri muzik.

Menurut Aina, ketika itu perasaan untuk bereksperimen dalam menghasilkan karya sangat kuat sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan MV berkenaan.

Netizen tak senang lihat muzik video Kelip2.

"Cakaplah apa nak cakap pun, saya bangga dengan apa yang saya buat. Pada ketika itu saya masih baharu dalam industri ini dan saya mahu buat macam-macam benda.

"Sampai satu muzik video boleh tukar sehingga 10 baju," katanya ketika ditemui pada sesi pendengaran eksklusif Bluest Sky di Rex KL, Petaling Street, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai MV berkenaan yang kembali tular, Aina mengakui terkejut apabila melihat wajah lamanya kembali memenuhi Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak tidur malam fikir Eurovision Asia 2026, 10 jam rakam ‘Bluest Sky’ sampai terpaksa pindah studio

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul sanggup tunggu 2 jam depan klinik, sedih pemergian ‘Hiro’ semasa sibuk persiapan AJL40

"Saya pun terkejut apabila buka Threads, tiba-tiba nampak muka lama saya. Saya tertanya-tanya, apa yang terjadi dan kenapa anda semua macam ini?

"Dengarlah lagu yang baharu. Tapi saya gembira apabila ada yang suka," ujarnya.

Walaupun menerima pelbagai komen termasuk kecaman, Aina tetap melihat perkara tersebut dari sudut positif apabila semakin ramai menyedari kewujudan lagu berkenaan.

Suka hatilah nak kutuk pun, benda itu sudah lepas.

AINA ABDUL

PENYANYI

Jelasnya, dia percaya lagu berkenaan kini berpeluang untuk bersinar seperti lagunya yang lain.

"Saya gembira kerana ada yang suka dan ada yang kutuk. Suka hatilah nak kutuk pun, benda itu sudah lepas.

"Saya gembira ramai yang sedar saya ada lagu ini. Lagu ini mendapat inspirasi daripada Twinkle Twinkle Little Star.

Antara penampilan Aina yang menjadi perhatian netizen.

"Masa itu mungkin lagu ini kurang mendapat perhatian. Kadang-kadang kita tak tahu, mungkin tuah seseorang itu datang selepas bertahun-tahun,” kongsinya.

Sebelum ini, video Aina menari di muzik video Kelip2 itu menjadi perhatian ramai sekali gus mengundang kritikan.

Artikel Lain