suria

Anak sulung rasa tak dihargai! Banyak korban masa, cari duit untuk senangkan famili akhirnya dicop andartu oleh adik-adik

Adik-adik yang sudah berkahwin tergamak menggelar wanita berkenaan sebagai andartu. Gambar sekadar hiasan

MEMEGANG 'title' anak sulung, bukan calang-calang tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu.

Kebanyakan masa anak pertama biasanya banyak dikorbankan untuk famili, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga jika orang tua meninggal dunia pada usia muda.

Boleh dikatakan majoriti anak sulung terpaksa berkorban demi memastikan kebajikan adik-adik di bawah jagaannya terjaga.

Malah ada juga yang tidak kisah mengenepikan keutamaan sendiri asalkan dapat melihat adik-adiknya berjaya dan bahagia.

Begitu juga dengan wanita ini yang membuat luahan mengenai kisah keluarganya.

Namun apa yang menyedihkan, pengorbanannya selama ini sama sekali tidak dihargai oleh ibu dan adik-adiknya.

"Selepas ayah meninggal, saya yang jadi ketua keluarga. Duit gaji semua habis untuk barang keperluan rumah, bayar bil api, air, internet, Astro, insurans mak dan yuran belajar adik-adik.

andartu

Wanita tersebut sedih dan kecewa dengan sikap ibu dan adik-adiknya yang tidak menghargai pengorbanannya selama ini. Gambar hiasan

"Alhamdulillah, gaji saya mampu beli tiga buah kereta selama bekerja hampir 10 tahun. Dua buah kereta dah bagi kepada adik-adik sebab dah habis bayar.

"Tapi yang saya sedih, mak dan adik-adik tak nampak pengorbanan saya. Even masa birthday pun tak pernah celebrate.

"Saya tak harap pun diaorang untuk celebrate, at least they can wish dan doakan yang terbaik. Itu sahaja yang saya mahu," luah wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian anak sulung sambung degree terbantut, mak ayah pesan suruh fikir adik-adik kecil... Tapi pelik suruh kahwin cepat!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat tak letih ke jadi anak sulung?” - Si cilik membebel sambil main handphone ibu... kenapa ramai ucap terima kasih, siap nak lantik jadi presiden persatuan!

Bukan itu sahaja, wanita tersebut berkata tindakan ibunya yang melebihkan adik-adik benar-benar membuatkan hatinya terguris, seolah-olah dirinya langsung tidak wujud dalam keluarga mereka.

"Mak boleh pula celebrate birthday adik dan adik ipar yang lain. Siap hadiah dan kek. Kamu tak tahu apa yang saya rasakan. Ini sangat tak adil.

"Selepas semua yang saya korbankan bertahun-tahun, tiada siapa yang nampak," luahnya sedih.

andartu 1

Luahan yang dicoret wanita berkenaan.

Tambah wanita berkenaan, dia sanggup mengenepikan kepentingan peribadi termasuk mencari pasangan hidup, demi mendahulukan kebajikan dan masa depan adik-adik.

"Adik-adik saya semua dah berkahwin dan berkeluarga. Saya dah umur 35 tahun dan single... selalu diperli sebagai andartu oleh keluarga. Mereka tak tahu saya korbankan waktu bujang bertahun-tahun kerja cari duit untuk kesenangan keluarga.

"Sampai tak ada masa untuk bercinta. Kesimpulannya, saya single, no partner, no friends... ada keluarga tapi tak supportive. Saya benar-benar sendiri," akhirinya.

Tapi saya harap keikhlasan awak selama ni takkan pernah putus untuk family. Mesti ada balasan baik yang Allah akan bagi.

NETIZEN

Luahan yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetmy itu sehingga kini meraih 903 ulang kicau.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati seakan-akan dapat menyelami kesedihan yang dialami wanita berkenaan.

"I feel you sis. Bila kita menjadi 'malaikat' dalam keluarga dan mereka tak hargai memang sedih. Tapi percayalah, kita ikhlaskan saja nescaya Tuhan akan berikan ganjaran yang lebih baik dunia dan akhirat.

andartu komen

Warga maya memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.

"Apa yang saya boleh katakan, Allah dah sediakan yang terbaik untuk awak. It's just the matter of time. Selepas apa yang kamu dah lakukan, sekarang masanya untuk kau gembirakan diri sendiri.

"Ini sangat sedih. Tapi saya harap keikhlasan awak selama ni takkan pernah putus untuk family. Mesti ada balasan baik yang Allah akan bagi. Saya doakan awak jumpa jodoh terbaik dan mendapat kebaikan dunia akhirat," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain