suria

Lelaki merana dapat isteri baran, lambat bagi duit terus hayun penumbuk! Paling keji kepala suami sendiri pun ditendang

Lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penderaan.

SUDAH menjadi lumrah kaum untuk mempunyai tutur kata yang lemah lembut dan bersifat penyayang.

Manakala kaum Adam pula adalah lebih maskulin dengan aura kepimpinan untuk menerajui keluarga mahupun masyarakat.

Namun melalui satu ciapan di laman X, seorang wanita menceritakan nasib rumah tangga sepupu lelakinya yang dilanda badai susulan mempunyai isteri panas baran.

Norma masyarakat untuk meletakkan wanita sebagai mereka yang perlu dilindungi. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia tidak menyangka dalam diam sepupunya merupakan mangsa penderaan dan kini sedang dalam proses perceraian.

"Hari ni baru dapat tahu sepupu lelaki yang saya rapat sejak kecil rupanya mangsa kezaliman rumah tangga. Perempuan pun ada yang suka menindas ya, bukan lelaki sahaja.

"Mereka dah berkahwin enam tahun, antara yang isteri tu buat dekat sepupu saya adalah penderaan fizikal. Kalau lambat bagi duit akan ditumbuk. Bukti semua sudah kami kumpul. Perkara ni pun terbongkar selepas makcik saya siasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panas baran, silap sikit terus naik tangan! Suami akhirnya buka mata, ‘angkat kaki’ lepas 10 tahun didera

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri serabut suaminya hampir sempurna, rasa diri tak cukup bagus! Datang angin baran terus minta cerai - “Apa dia buat, semua tak kena”

"Kemuncaknya hari tu, insiden berlaku depan mata kami, isteri sepupu saya pergi tendang kepala suami sebab ada perkara tak puas hati tentang kewangan. Padahal waktu tu sepupu saya baru sampai rumah nak berehat.

"Memang wujud ya perempuan psiko macam ni, lain macam jadinya. Nasib baik sepupu saya tu dah failkan perceraian, tak boleh terus dibiarkan," kata wanita itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata punca penderaan rumah tangga tidak lagi daripada pihak lelaki sepenuhnya tetapi turut melibatkan wanita.

Jangan anggap golongan lelaki ini sebagai lemah, mereka adalah mangsa kepada wanita yang licik memperdaya.

WARGA MAYA

“Sudah sampai masa kita bagi kesedaran kepada masyarakat, tak perlu sorok lagi kes perempuan dera lelaki sebegini dengan alasan malu atau sebagainya. Mangsa boleh jadi sesiapa sahaja sekarang, bukan hanya wanita.

“Kita perlukan lebih banyak kesedaran tentang perkara ini, beri ruang dan peluang kepada lelaki yang didera wanita untuk tampil ke hadapan. Nasib mereka harus dipertahankan.

"Jangan anggap golongan lelaki ini sebagai lemah, mereka adalah mangsa kepada wanita yang licik memperdaya," kata warga maya.

Sebahagian ciapan balas netizen.

Tidak kurang juga warga maya yang berkongsikan pengalaman mereka dalam hal ni.

“Rakan sekerja lelaki saya pernah jadi mangsa penderaan wanita, saya selalu nampak dia datang pejabat pakai baju lengan panjang, macam pelik juga la kan. Sekali bila terselak, nampak penuh lebam satu badan.

“Saya pernah kenal seseorang yang dizalimi begini, bekas isterinya suka campak barang dan hempas pintu rumah, sekarang dia dah dapat isteri baharu yang lebih baik dan berbudi pekerti. Syukur,” ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain