suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Yala FC maut disambar petir, 9 termasuk seorang rakyat Malaysia pula cedera dalam aksi ketika hujan lebat

Sofwan Awae maut dilokasi kejadian pada Selasa.

SEORANG pemain bola sepak Yala FC maut selepas dipanah petir ketika berlangsungnya perlawanan Piala Kolok FA di Sungai Kolok, Narathiwat, Thailand pada Selasa.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa, Sofwan Awae, 24, yang berasal dari Daerah Waeng, Narathiwat, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian sama, sembilan lagi pemain dilaporkan cedera termasuk seorang rakyat Malaysia, Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22. 

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Thun Sirikhunt berkata, kejadian berlaku ketika kawasan stadium dilanda hujan lebat bersama angin kencang sebelum petir menyambar padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

"Beberapa rakan Sofwan cuba memberi bantuan kecemasan sebelum kakitangan perubatan kecemasan Yayasan Sheng Mu Tharn Namjai, Sungai Golok tiba, namun mangsa gagal diselamatkan.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di Hospital Sungai Golok, manakala Mohamad Alif Ezzahan pulang mendapatkan rawatan di Malaysia,” katanya.

Artikel Lain