USAI bersara, individu warga emas lazimnya ternanti-nantikan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun satu yang boleh digunakan sebagai dana hari tua.Namun, pengeluaran secara pukal ataupun 'lumpsum' sebenarnya boleh mengundang risiko kerugian pada individu sekiranya tidak dibelanjakan secara cermat. Manakan tidak, bayaran secara pukal amaun RM100,000 misalnya boleh lesap dalam masa sebulan sahaja jika digunakan semberono tanpa kawalan.Perkara itu turut berbangkit di laman Threads bila mana seorang pengguna akaun Bella is here menyuarakan kebimbangan berhubung tabung persaraan di hari tua kelak."Ramai ingat bila dah umur 55, duit KWSP kena keluarkan segedebuk sebenarnya tak semestinya, ada pilihan untuk buat pengeluaran secara bayaran bulanan melalui i-Emas."Contohnya, daripada keluarkan RM300,000 terus, kita boleh tetapkan jumlah tertentu untuk masuk setiap bulan, macam pencen bulanan daripada simpanan KWSP sendiri," katanya.Bagi golongan pesara, terdapat inisiatif diwujudkan oleh KWSP yang membolehkan wang dari akaun satu disalurkan secara bulanan seperti gaji berpencen.Menerusi i-Emas, ahli dapat menikmati pendapatan berkala yang berupaya menyokong kelangsungan kewangan sepanjang tempoh persaraan.Berikut cara memohon bayaran bulanan melalui i-Emas:1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal i-Akaun2. Pilih menu 'Pengeluaran'3. Cari dan pilih pilihan pengeluaran berkaitan umur 55 tahun4. Pilih kaedah bayaran secara bulanan melalui i-Emas, jika pilihan tersebut tersedia untuk akaun anda5. Masukkan jumlah bayaran bulanan yang ingin diterima6. Semak maklumat akaun bank dan pastikan akaun masih aktif7. Baca dan fahami terma serta syarat pengeluaran8. Muat naik dokumen tambahan jika diminta9. Semak semula jumlah, tempoh bayaran dan maklumat peribadi10. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan untuk semakan