suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai terperangkap ‘bisikan‘ BNPL, pemuda ini pula guna majukan bisnes! Siap boleh bayar hutang dan ‘renovate‘ rumah!

Terdapat sesetengah peniaga didapati menggunakan BNPL sebagai punca modal untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. -Gambar hiasan AI

SEJAK kebelakangan ini, perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian atau Buy Now, Pay Later (BNPL) sering menjadi topik panas dalam kalangan masyarakat.

Galakan berhutang serta dorongan ke arah sikap boros antara hujah utama yang sering dilontarkan oleh pihak yang menentang kemudahan tersebut.

Malah pakar kewangan kerap berkongsi impak negatif BNPL yang didakwa berisiko menjejaskan kedudukan kewangan peribadi jika ia digunakan tanpa kawalan.

Kebimbangan itu bukan tidak berasas sebaliknya Kementerian Kewangan pada Julai lalu memaklumkan jumlah baki BNPL di Malaysia setakat Disember tahun lalu sudah mencecah angka RM4.9 bilion.

Tidak cukup dengan itu, terdapat laporan menunjukkan kemudahan skim kewangan tersebut kini turut menjadi antara punca ramai golongan belia jatuh dalam perangkap bankrap.

Namun di sebalik pelbagai stigma dan implikasi negatif tentang BNPL, ada juga kisah menunjukkan bagaimana perkhidmatan tersebut sebenarnya mempunyai sisi positif sekiranya dimanfaatkan dengan betul.

Salah seorang pengguna di platform Threads, @apih_egenam, berkongsi pengalaman memanfaatkan perkhidmatan BNPL  sebagai alat pembiayaan modal sokongan bagi perniagaan kecil-kecilan dijalankan.

Tidak hanya itu, dia juga memaklumkan sudah tidak lagi bergantung kepada BNPL selepas tiga tahun apabila perniagaannya kini disokong penuh daripada pusingan modal daripada keuntungan yang diperolehi.

Lebih menarik, hasil keuntungan daripada perniagaan tersebut kemudiannya berjaya membantunya menyelesaikan beberapa komitmen kewangan peribadi.

"Dua tiga tahun ini BNPL banyak membantu dalam urusan modal beli barang untuk buat bisnes kecil-kecilan. 

"Alhamdulillah dapat setel personal loan. Dapat deposit beli kereta. Dapat renovate rumah. Sekarang dah tak pakai sangat sebab pakai modal yang ada sahaja buat rolling," jelasnya.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen di ruangan komen, dengan rata-ratanya memuji tindakan pemuda berkenaan yang bijak memanfaatkan fungsi sebenar BNPL.

"Betul, inilah fungsi sebenar BNPL, yang hentam BNPL itu sebab anda liat nak bayar. Dah pandai-pandai pinjam, lepas itu salahkan BNPL.

"Akhirnya ada manusia faham fungsi pembiayaan dalam bisnes," antara komen warga maya.

Artikel Lain