suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli emas ketika harga menjunam bukan tindakan bijak, pakar kewangan kongsi 3 tip ‘rare’ cara pelaburan sihat

Faktor harga murah bukan satu-satunya perkara yang perlu diberi keutamaan ketika membeli emas. -Gambar hiasan AI

SETIAP kali berlakunya trend penurunan harga emas, kita lazimnya akan menyaksikan fenomena yang mana ramai individu berebut-rebut membeli komoditi berkenaan sebagai aset simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Bagaimanapun, untuk memastikan langkah pembelian yang dilakukan benar-benar bermanfaat, faktor harga murah bukan satu-satunya perkara perlu diberi keutamaan.

Sehubungan itu, pakar kewangan, Dr Adam Zubir, menyenaraikan tiga tip penting yang menurutnya jarang dikongsikan berhubung strategi pelaburan emas.

Pertama, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terburu-buru membeli emas fizikal dalam saiz pemilikan yang besar secara sekali gus, terutamanya ketika harga sedang menurun.

Langkah ini disifatkan amat kritikal bagi memastikan simpanan tersebut mudah dicairkan ketika pemilik memerlukan dana tunai sewaktu kecemasan.

"Jangan beli emas segedebuk 50 gram. Kenapa? Sebab bagi saya emas ini untuk simpanan (last resort kena guna). Jadi beli dalam gram yang kecil, lagi mudah untuk jual dan guna duit tersebut bila perlu," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pengumpul emas supaya tidak terlepas pandang mengenai kewajipan pembayaran zakat sekiranya simpanan tersebut telah melepasi kadar nisab serta tempoh haul yang ditetapkan.

Sebagai contoh, bagi individu yang bermustautin di Selangor, pemilikan emas yang mencecah kadar nisab 85 gram dan genap tempoh simpanan selama setahun adalah wajib dikenakan zakat sebanyak 2.5 peratus.

Seterusnya, Dr Adam turut menekankan kepentingan mengurus risiko dari segi keselamatan dengan menasihatkan orang ramai supaya tidak menumpukan simpanan emas fizikal di satu lokasi sahaja.

"Jangan simpan emas fizikal dekat satu tempat sahaja. Tak kiralah dekat rumah ke, dekat bank ke, dekat mana-mana pihak ketiga punya peti besi ke, sebarkan penyimpanan emas anda," ujarnya lagi.

Artikel Lain