suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah atau kereta mewah bukan pengukur kejayaan, ada lima tanda seseorang berjaya urus kewangan dengan baik

Ramai individu yang sebenarnya cemerlang dalam aspek kewangan tidak sedar akan kejayaan sendiri hanya kerana belum berasa diri mereka mencapai status sebagai orang kaya sama seperti individu lain. - Gambar hiasan AI

APAKAH kayu pengukur yang boleh digunakan dalam menentukan seseorang itu berjaya dalam pengurusan kewangan mereka?

Biasanya, penilaian sering dibuat dengan melihat sejauh mana seseorang itu mampu mengumpul kekayan.

Ini termasuklah pemilikan rumah, tanah, saham, kereta mewah, aset-aset lain mahupun simpanan dan pelaburan.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di akaun Threads milik thefuturizts, kesemua perkara tersebut secara realiti bukan satu-satunya petanda kejayaan.

Sebaliknya, ramai sebenarnya cemerlang dalam aspek kewangan tetapi tidak menyedari perkara tersebut kerana merasakan diri mereka belum mencapai status 'orang kaya' atau memiliki aset yang boleh dianggap berjaya. 

Thefuturizts menggariskan lima tanda yang menunjukkan seseorang itu sebenarnya sudah berada di landasan yang tepat dan berjaya menguruskan kewangan dengan baik.

"Anda mungkin belum rasa dah jadi kaya, tetapi berikut adalah lima tanda anda sedang berjaya dari segi kewangan," ujarnya.

Berikut adalah lima tanda tersebut:

1. Dunia tidak 'kiamat' jika perlu bayar perbelanjaan luar jangka

Kereta tiba-tiba meragam, menerima bil hospital mengejut atau paip rumah bocor antara masalah kecemasan yang sering berlaku.

Sekiranya anda mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk situasi luar jangka ini tanpa rasa panik, itu tandanya anda tidak berdepan krisis kewangan.

2. Bebas membuat pilihan makanan

Apabila masuk ke pasar raya, fokus anda bukan lagi sekadar mencari makanan paling murah untuk mengenyangkan perut.

Sebaliknya, anda mula membuat pilihan berdasarkan bahan makanan yang sihat, segar dan berkualiti untuk tubuh badan.

Keupayaan mengutamakan kesihatan berbanding tanda harga merupakan satu kebebasan kewangan yang sangat bernilai.

3. Sudah melabur untuk masa depan

Sama ada menerusi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB), pelaburan emas, mahupun mengikuti kursus peningkatan kemahiran (upskilling), anda kini konsisten menggunakan sebahagian pendapatan untuk menjana masa depan.

4. Tak perlu pinjam duit dengan orang lain

Apabila musibah atau kejadian tidak diingini berlaku, anda tidak perlu meminta-minta atau berhutang dengan saudara-mara mahupun rakan.

Tabung kecemasan yang dikumpul secara berdisiplin sudah cukup kukuh untuk menjadi 'benteng' melindungi kewangan anda.

5. Nilai kekayaan bertambah setiap tahun

Mungkin gaya hidup anda nampak biasa dan tidak bertukar mewah, namun nilai bersih harta (net worth) anda sebenarnya meningkat secara diam-diam saban tahun.

Anda lebih gemar mengumpul aset secara senyap berbanding menunjuk-nunjuk kemewahan luaran.

Artikel Lain