suria

Kerjasama penuh kebetulan, Karl Shafek anggap pertemuan dengan Alpha bermakna

Karl teruja kerjasama dengan Alpha.

PELAKON dan pengacara, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai kebetulan yang indah sekali gus mengingatkan kepada kenangan 10 tahun lalu.

Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 45, berkata, jenama fesyen miliknya, Neonate pernah mengeluarkan koleksi yang diberi nama Alpha pada tahun 2015.

Namun tanpa disangka sedekad kemudian dia dapat bekerjasama dengan sebuah kumpulan muzik yang menggunakan nama serupa sekali gus menganggap ia permulaan dalam perkembangan jenama Neonate.

Perkembangan baharu untuk perjalanan Neonate.

“Untuk saya, ini bukan kolaborasi biasa. Bayangkan 10 tahun lepas saya keluarkan koleksi Alpha. Tiba-tiba, pada 2025, datang pula Alpha dalam bentuk sebenar, dan mereka mahu memakai jenama saya. 

"Ia memang rasa macam sesuatu yang sangat mengharukan. Saya terus anggap ia cabaran baharu yang sangat menggembirakan. 

"Nama yang sama muncul semula dalam bentuk fizikal dan membawa peluang yang besar untuk jenama kami,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekaan busana luahan putus cinta, Karl Shafek terapi diri dalam karya fesyen

ARTIKEL BERKAITAN: Penaja tarik diri selepas ‘fashion show’, Karl Shafek terpaksa tanggung hutang RM500,000

Karl berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Pelancaran Koleksi Love Story Neonate yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Berkongsi lebih lanjut, Karl memberitau dia sememangnya sudah berkerjasama dengan Alpha sejak kemunculan kumpulan itu melalui pertandingan realiti Big Stage.

“Identiti mereka sangat kena dengan DNA Neonate. Ramai peminat kata mereka nampak lebih matang, bergaya dan menonjol mengenakan rekaan kami.

Alpha jadi pilihan Karl.

“Saya rasa Neonate memang padan untuk Alpha, lebih-lebih lagi dengan gaya tujuh ahli mereka yang masing-masing ada karakter unik,” tambahnya.

Lebih membanggakan, ketika Alpha membuat persembahan di Korea, penata gaya negara itu turut memuji hasil kerja Neonate dan tidak menyangka Malaysia mempunyai jenama yang mampu menghasilkan rekaan seperti itu.

Pun begitu, Karl menganggap salah satu cabaran paling besar adalah memahami karakter setiap ahli Alpha untuk memastikan setiap rekaan mencerminkan personaliti mereka.

“Neonate memang suka bekerja berdasarkan tema dan bila Alpha ada tujuh karakter yang berbeza, kami jadikan kumpulan itu sendiri sebagai satu tema besar. Setakat ini, alhamdulillah semuanya menjadi,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain