suria

Cik Pia terima 4 lagi surat tuntutan dakwaan fitnah, usahawan kosmetik mahu saman jika enggan mohon maaf

Ariani (kanan) mahu Cik Pia segera buat permohonan maaf.

SUSULAN enggan meminta maaf dan membayar ganti rugi RM300,000 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah, pempengaruh media sosial Cik Pia menerima empat lagi tuntutan daripada usahawan kosmetik iaitu Nurul Nur Ariani Muhammad Zahari.

Peguam mewakili Ariani iaitu Nurul Hafidzah Hassan memberitahu empat tuntutan baharu itu Ariani menggariskan beberapa perkara penting termasuk tuduhan Cik Pia menipu dan memanipulasi orang ramai serta membuat janji palsu mengenai hadiah yang tidak dipenuhi.

Selain itu, influencer terbabit memberi persepsi dan persangkaan bahawa usahawan itu seorang yang tidak berlaku jujur.

"Saya diberi arahan oleh anak guam supaya surat-surat tersebut menuntut Cik Pia membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat dan membayar pampasan kerana dakwaan memfitnah," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Rabu.

cik pia 2

Cik Pia masih belum membuat permohonan maaf kepada Ariani.

Pada akhir Januari lalu, Ariani menghantar surat tuntutan permohon maaf serta ganti rugi sebanyak RM300,000 kepada Cik Pia namun sehingga kini tidak menerima sebarang respons daripada pihaknya.

Dalam pada itu, Hafidzah memberitahu pihaknya tidak teragak-agak memfailkan saman terhadap Cik Pia jika dia masih tidak membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi seperti dituntut sebelum ini.

Hafidzah berkata Cik Pia atau Norsufia Johari telah mencemarkan imej anak guamnya sebagai seorang usahawan selain menjejaskan perniagaan diusahakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan kosmetik tuntut Cik Pia mohon maaf, ganti rugi RM300,000 fitnah di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takut dirakam, kena provoke”... Boss Kay jauhkan diri daripada bekas isteri sebab bimbang jadi ‘content’

Perbuatan Cik Pia mengeluarkan kenyataan fitnah di media sosial juga kata Hafidzah adalah tidak berasas.

"Ariani memandang serius unsur-unsur faktar yang dimanipulasi sehingga menjadi berita palsu dan fitnah," katanya.

Jelasnya lagi, dakwaan dilemparkan Cik Pia adalah bentuk buli siber dan tujuan tindakan undang-undang diambil supaya tiada lagi fitnah berlaku ke atas orang lain melalui tingkah laku sama pada masa depan.

"Penting untuk anak guam saya menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Cik Pia.

ariani 22

Ariani (kanan) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Cik Pia.

"Anak guam menyifatkan pempengaruh media sosial tersebut membuat kenyataan fitnah tanpa berlandaskan fakta yang bertujuan untuk mencemarkan imejnya," ujarnya.

Kontroversi bermula apabila Cik Pia didakwa sengaja memerli Ariani setiap kali muncul mengadakan sesi siaran langsung di laman sosial TikTok.

Sementara itu, Ariani pula sebelum ini pernah memuat naik hantaran di media sosial meminta Cik Pia melangsaikan hutang sebanyak RM2,500 selain memulangkan telefon bimbit milik syarikatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain