suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya takut dirakam, kena provoke”… Boss Kay jauhkan diri daripada bekas isteri sebab bimbang jadi ‘content’

PERSONALITI media sosial Boss Kay memberitahu dia enggan berjumpa secara bersemuka dengan Norsufia Johari atau Cik Pia bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka kerana sering menerima ugutan.

Malah, Boss Kay atau Khaireel Azlee Abd Aziz, berkata dia juga tidak mahu memanjangkan isu tersebut kepada pihak berkuasa kerana isu ini merupakan urusan peribadi yang tidak perlu diperbesarkan.

“Saya berdiam dan menjauhkan diri sebab takut dirakam, sebab saya memang dah diugut banyak kali sebenarnya.

“Cuma saya tak nak panjangkan isu tersebut sebab nanti mesti ada yang kata... kenapa tak buat laporan polis?

“Pada saya itu perkara peribadi tak perlulah nak pergi ke penguatkuasaan dan saya pun tak mudah nak saman orang lebih-lebih lagi ibu kepada anak-anak saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini nama Boss Kay teruk dikecam selepas tular video berdurasi 10 saat mengenai dirinya melafazkan cerai dengan talak dua terhadap Cik Pia.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi