suria

“Time tu emergency”… Jurusolek jadi ‘bidan terjun’, kelam kabut mekap pengantin lelaki sampai lupa pakai sarung tangan

VIDEO jurusolek bernama Aziey Jasbi menyolek dan menyiapkan pengantin lelaki mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di aplikasi TikTok.

Tampil menjelaskan mengenai video tular itu, Aziey atau nama sebenar Norhasliza binti Hasbi, 29, mengakui kesilapan diri kerana menyolek wajah pengantin lelaki tanpa menggunakan sarung tangan.

“Saya tiada pertalian darah dengan pengantin tersebut, mereka merupakan pelanggan saya.

“Tentang pemakaian sarung tangan, saya mengaku saya memang salah. Selama pengalaman saya menyiapkan pengantin, saya akan membuat solekan menggunakan berus mekap.

“Tapi ketika itu emergency jadi saya blur dan terus sahaja siapkan pengantin lelaki,” ujarnya kepada mStar.

Kata Aziey lagi, selepas video itu tular dia menjadi was-was untuk menyiapkan pengantin lelaki lain selepas ini.

Untuk rekod, Aziey sudah tujuh tahun bergelar jurusolek dan ini bukanlah kali pertama dia diupah menyiapkan pengantin lelaki.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi