suria

Gurauan di Instagram jadi kenyataan, suami hadiahkan kereta kepada Nabila Razali

Nabila gembira suaminya hadiahkan kereta idaman sempena hari lahirnya.

PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali menerima hadiah sebuah kereta jenama Jetour Dashing daripada suaminya, Nik Iruwan Nik Izani sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia pada awalnya hanya bergurau ketika memuat naik hantaran di Instastory mengenai kereta berkenaan, namun tidak menyangka permintaannya itu menjadi kenyataan.

“Saya muat naik di Instastory tu main-main sahaja. 

Gurauan Nabila di IG menjadi kenyataan.

"Sekali betul-betul sampai! Alhamdulillah, terima kasih sayang,” katanya.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nabila turut mendoakan agar suaminya sentiasa dipelihara dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah, ya Allah, peliharalah suamiku, murahkan rezekinya, kuatkan tubuhnya, lapangkan hatinya, dan gantikan setiap penatnya dengan ganjaran yang besar di sisi-Mu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 33 kotak bantuan untuk golongan memerlukan, Nabila Razali kongsi rezeki sempena ulang tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian di Threads jadi perdebatan, Nabila Razali tegur netizen hati tak senang tengok kebaikan orang lain

Berdasarkan tinjauan mStar, harga kereta Jetour Dashing di pasaran mencecah lebih RM100,000.

Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan, 40, mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nik Muhammad, yang kini berusia 11 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain