PELAKON veteran, Charlie Nu'man Salleh, 71, disahkan meninggal dunia di rumah anaknya di Sri Rampai, Wangsa Maju kira-kira pukul 8 malam Khamis.
Berita sedih itu dikongsikan adiknya iaitu Yusri Salleh yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat.
"Baru saja dalam pukul 8 malam tadi, ambulans datang sahkan kematian di rumah anak perempuannya. Buat masa sekarang masih tunggu surat laporan," katanya ketika dihubungi mStar.

Allahyarham meninggal dunia selepas seminggu disahkan kanser usus.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di Tanah Pekuburan Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, selepas Zohor.
Sebelum ini Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan tenat selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hanya mengetahui mengenai penyakit itu selepas doktor membuat pengesahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Nu'man tenat, baru tahu hidap kanser tahap empat... Keluarga sedia berdepan sebarang kemungkinan
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah terbakar pada hari raya kedua, pelakon Charlie Nu'man dan 6 orang anak terpaksa berteduh di penempatan sementara
Allahyarham yang dibenarkan pulang pada 9 Oktober lalu dilaporkan hanya mampu terlantar dan tidak lagi dapat bercakap.
Untuk rekod, Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga ketika berusia 40 tahun namun bercerai beberapa tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Arwah kemudian berkahwin buat kali kedua pada tahun 2011 namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2020.
Menerusi perkahwinan keduanya, mereka dikurniakan enam cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


