suria

Nabila Maharani dedah pernah dihalang keluarga jadi penyanyi, kini lebih fokus jaga anak

Keputusan Nabila menjadi penyanyi pernah ditentang keluarga.

PENYANYI Indonesia, Nabila Maharani pernah mendapat tentangan keluarganya ketika menyatakan hasrat untuk bergelar artis. 

Nabila atau Nabila Maharani Widyadewi, 26, berkata, perjalanan seninya tidak semudah yang disangka kerana ibu bapanya lebih senang melihat dia meneruskan perniagaan keluarga.

"Saya mula menyanyi pada usia 19 tahun. Sejujurnya sebelum itu ibu bapa tidak membenarkan saya menjadi penyanyi kerana mahu saya menguruskan perusahaan makanan mereka. 

Nabila (kiri) kini lebih beri fokus kepada keluarga.

"Mungkin ibu bapa saya risau kerana anaknya ini seorang perempuan, jadi bagi mereka lebih elok sekiranya saya berniaga sahaja," katanya kepada mStar. 

Namun begitu, segalanya mula berubah selepas Nabila mula memuat naik video nyanyiannya di media sosial yang kemudian menjadi tular.

Ibu bapa Nabila mula menerima minat anaknya itu dan berpesan untuk sentiasa menjaga diri sekiranya mahu bergelar penyanyi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk kemesraan di media sosial… Nabila Maharani mengelak jawab status hubungan dengan Tri Suaka

ARTIKEL BERKAITAN: Eira Syazira kongsi pengalaman ‘comeback’ di Indonesia, pernah terfikir untuk berhenti menyanyi

"Selepas saya membuat video menyanyi di media sosial dan viral, sedikit demi sedikit ibu bapa saya mula belajar untuk menerima. 

"Pesan mereka supaya saya jaga diri dengan baik sekiranya mahu jadi penyanyi," ujarnya. 

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi perubahan yang dialaminya selepas melahirkan anak pertama, Muhammad Garuda Suaka pada tahun lalu. 

Perubahan selepas bergelar ibu mungkin saya kini lebih memilih tawaran menyanyi yang sesuai.

NABILA MAHARANI

PENYANYI

Isteri kepada penyanyi Tri Suaka ini memberitahu dia kini lebih teliti dalam menerima sebarang tawaran nyanyian kerana mahu memberikan fokus kepada keluarga. 

"Perubahan selepas bergelar ibu mungkin saya kini lebih memilih tawaran menyanyi yang sesuai. Kalau dulu jadual saya padat, kini saya boleh keluar rumah. 

"Sekarang ini kalau tawaran menyanyi terlalu rapat, saya terpaksa berbincang dengan pengurus. Saya terpasksa memilih beberapa saja undangan persembahan kerana  mahu fokus menjaga anak," katanya. 

Nabila mempunyai lagu duet bersama Eira (kiri).

Untuk rekod, Nabila dan Tri Suaka bernikah pada 27 April 2023.

Nabila kemudiannya melahirkan cahaya mata pertama pada 2 Februari tahun lalu. 

Dalam perkembangan lain, Nabila kini tampil dengan single duet bersama penyanyi dan pelakon Eira Syazira berjudul Bawang Merah Bawang Putih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain