PENDAKWAH bebas, Ustazah Asni Abu Mansor kini bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Mounir Abdul Kareem Kaddoura yang merupakan warganegara kelahiran Amerika Syarikat berketurunan Palestin.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Asni menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya pada awal pagi Jumaat.
Dalam perkongsian tersebut, Asni meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan jodoh yang sudah ditakdirkan untuknya.

Asni kembali bergelar isteri.
“Ada ketentuan yang tertulis. Ada takdir yang terlukis.
“Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Secara sah saya zaujah kepada Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik.
“Suami saya Palestin, warga Amerika Syarikat,” katanya.
Bagaimanapun, pendakwah itu tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah tayang wajah suami, berbulan rahsia selepas sah bernikah
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Dalam diam Fikry Ibrahim dah kahwin, nikah di Kedah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut.
“Alhamdulillah, dah ada jodohnya. Selamat pengantin baru!”
“Jodoh ketentuan Allah, tahniah dan semoga kekal bahagia selamanya.”

Netizen doakan hubungan Asni dan suami kekal hingga ke syurga.
“Ustazah kesukaan saya ni. Tahniah dan semoga berkekalan hingga ke syurga,” tulis netizen.
Untuk rekod, Ustazah Asni sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nasir Rustam Al Hafiz, namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.
Hasil perkongsian hidup terdahulu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani, dan Muhammad Naufal Kholili.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


