MALANG tidak berbau. Itulah yang menimpa pelakon Dwan Hamid selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga mengalami kecederaan serius di tangan kiri.
Dwan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuwan Shahul Hamid, 33, dipercayai cuba mengelak sebuah kereta ketika menunggang motosikal semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.
"Waktu itu baru lepas hujan. Ketika saya cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta, saya hilang kawalan dan melanggar tiang lampu.

Rakan-rakan turut hadir melawat Dwan di hospital.
“Saya tengok tangan saya dah ‘terkulai’ kerana patah, tapi saya gagahkan diri pergi buat laporan polis dulu sebelum ke hospital,” katanya.
Dwan yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan.
“Tangan saya patah dua dan baru saja selesai menjalani pembedahan pagi tadi. Doktor terpaksa masukkan plat dan enam skru untuk cantumkan tulang," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kuda nampak sesuatu dalam hutan” - Pelakon Tanah Kubur, Dwan Hamid cedera parah diseret kuda... 20 jahitan di kepala
ARTIKEL BERKAITAN: Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan
Menurut Dwan, ketika insiden itu dia berasa kesal apabila pemilik kereta tersebut tetap meneruskan perjalanan tanpa memiliki belas kasihan.
"Pemandu kereta itu hanya teruskan perjalanan tanpa hulur bantuan atau minta maaf, mungkin kalau dia minta maaf saya akan bertolak ansur.
"Dia pun patut lebih berhati-hati dan lihat orang sekeliling," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


