BAYANGKAN aroma ikan bakar dengan sambal yang pedas manis ketika berbuka puasa, serta-merta setiap suapan terasa lebih nikmat dan menghidupkan suasana Ramadan bersama keluarga. Selain membuka selera, ikan bakar juga antara menu yang sihat dan mudah disediakan. Di Threads, pemilik akaun @inurula tidak lokek berkongsi resipi sambal ikan bakar warisan arwah ibu mentuanya, yang pernah berniaga menggunakan resipi sama. "Semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang berpanjangan dan menjadi sumber limpahan pahala untuk arwah ma," tulisnya di media sosial.Jom sama-sama cuba resipi sambal ikan bakar yang dikongsikannya... pasti menjilat jari!Bahan kisar:3 ulas bawang besar10 ulas bawang putih2 inci kunyit2 inci halia1 inci lengkuas5 batang serai1 genggam udang kering1 inci belacan (pilihan)4 senduk cili kisarBahan lain:1 keping gula melaka2 sudu besar pes asam jawaGaram secukup rasaDaun kesumCara-caranya:1. Kisar semua bahan kisar hingga halus2. Tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak3. Kerukan menumis, masukkan gula melaka untuk menghasilkan warna sambal yang cantik.4. Perasakan dengan garam dan pes asam jawa. 5. Masukkan daun kesum 6. Pes sedia untuk digunakan dan lumur pada ikan sebelum dibakar.Untuk sayur-sayuran, terpulang sama ada mahu menambah kacang bendi atau petai mengikut selera masing-masing ketika membakar ikan.Selamat mencuba!