MENJELANG Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan termasuk menyediakan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu.Walaupun lebih mudah membeli biskut siap di kedai atau pusat beli-belah, ramai berpendapat membuat sendiri di rumah memberikan kepuasan tersendiri. Antara biskut yang sering menjadi pilihan ramai ialah biskut cip coklat dan rupa-rupanya tak susah pun nak membuatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sedap buat lauk berbuka! Wanita kongsi resipi sambal ikan bakar warisan arwah ibu mentua, boleh jadi idea meniaga!Seorang pengguna Threads, @farizatulizuani, berkongsi resipi biskut cip coklat yang menurutnya menghasilkan rasa seakan-akan biskut yang dijual di pusat beli-belah.Berikut bahan dan cara penyediaannya.Bahan-bahan (perlu diayak)- 2 setengah cawan tepung gandum - Setengah cawan tepung jagung - 1 sudu baking powder- 1 sudu baking soda Bahan-bahan (pukul perlahan)- 250 gram butter - 1 suku cawan gula perang - Setengah sudu esen vanila - 1 biji telur Cara-caranya:1. Pukul perlahan bahan-bahan seperti gula perang, butter, gula perang dan esen vanila. 2. Apabila adunan lembut dan cair, masukkan bahan yang diayak tadi perlahan-lahan.3. Tambah empat sudu makan minyak jagung. Teruskan kacau adunan.4. Letak semua tepung yang telah diayak tadi. Kacau perlahan-lahan.5. Tambah satu suku cawan cip coklat. Kacau sekata semua bahan.6. Letakkan dalam peti ais semalaman.7. Keesokannya, buat adunan menjadi bulat kecil, susun atas loyang dan sedia dibakar. 8. Bakar pada suhu 150 darjah celsius, api atas bawah selama 20 minit.