GOLONGAN suri rumah pasti pernah berdepan masalah semut yang masuk atau menghurung bekas gula.Maklumlah, kadang-kadang suami atau anak terlupa menutup kemas bekas gula selepas menggunakannya. Nak asingkan semut dan gula pula bukan mudah walaupun selepas seharian menjemur bekas.Bagi anda yang mengalami masalah ini, tak perlu stres atau marah-marah.Hanya perlu guna satu bahan dapur sahaja seperti mana dikongsikan Halina Agnes Jalut ini, semut pasti hilang [Tonton Video] dalam tempoh 10 minit.Semut dilihat keluar dari bekas gula selepas bawang putih dimasukkan.Bahan-bahan:2 ulas bawang putihCara-caranya:1. Tuang gula yang dimasuki semut ke dalam satu bekas besar.2. Letakkan dua ulas bawang putih yang telah siap dikupas di atas gula tersebut.3. Biarkan selama 10 minit sahaja, anda akan melihat semut bergerak laju untuk keluar dari bekas.