suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jentera aerodinamik pelajar SMK Seksyen 9 Shah Alam juara STEM Racing F1, bakal ‘gempur’ pertandingan peringkat dunia

Pasukan Tuah layak menggalas cabran sebagai wakil Malaysia ke pertandingan STEM Racing di Singapura.

KEJAYAAN pelajar Malaysia dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) terus mencuri perhatian apabila sekumpulan pelajar sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor muncul juara keseluruhan pertandingan STEM Racing F1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026.

Kemenangan itu turut membolehkan Pasukan Tuah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia ke pertandingan STEM Racing F1 peringkat antarabangsa di Singapura Oktober depan.

Pertandingan yang berlangsung dari 8 hingga 12 Julai lalu di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Pasir Gudang, Johor itu dianjurkan dengan kerjasama UniKL bagi memperkasakan pendidikan STEM dalam kalangan pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Selain dinobatkan sebagai juara keseluruhan kebangsaan, Pasukan Tuah turut mengungguli kategori Best Engineered Car atau Kereta Kejuruteraan Terbaik pada pertandingan tersebut.

Pasukan itu sekali gus membuktikan keupayaan mereka menghasilkan jentera yang cemerlang dari aspek reka bentuk, inovasi struktur dan ketepatan aerodinamik.

Pengiktirafan itu sekali gus menjadi tiket buat pasukan berkenaan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa, dengan harapan dapat meneruskan kecemerlangan dan mengharumkan nama negara di Singapura kelak.

Artikel Lain