GAJI bukan sekadar ganjaran atas kerja yang dilakukan, sebaliknya menjadi sumber utama bagi kebanyakan individu untuk menampung keperluan diri dan keluarga.Justeru, keputusan majikan mengurangkan jumlah bayaran secara sepihak tentunya memberi tekanan besar kepada pekerja, lebih-lebih lagi jika perubahan itu dibuat tanpa persetujuan atau perbincangan terlebih dahulu. Mengulas perkara tersebut, pengamal undang-undang, Adib Saat menjelaskan bahawa tindakan memotong gaji atau mengubah terma penting pekerjaan tanpa persetujuan boleh dianggap sebagai pemecatan konstruktif (constructive dismissal).Menerusi hantaran di halaman Facebook Tanya Peguam, beliau berkongsi satu kes melibatkan bekas pengurus sebuah syarikat yang menerima ganjaran bersih berjumlah RM1.012 juta selepas gajinya dikurangkan secara drastik.Menurut Adib, gaji pekerja berkenaan pada asalnya berjumlah RM27,500 sebulan sebelum diturunkan kepada RM9,000 dan kemudiannya hanya RM6,000.Sesiapa sahaja boleh memfailkan tuntutan dan mendapatkan perintah mahkamah. -Gambar hiasanMalah, gaji bagi Februari dan Mac 2019 juga tidak dibayar, manakala caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut dihentikan.Berikutan tindakan tersebut, pekerja berkenaan akhirnya meninggalkan syarikat dan mendakwa dirinya telah mengalami pemecatan konstruktif."Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa tindakan majikan merupakan pelanggaran asas terhadap kontrak pekerjaan."Pekerja itu diberikan RM550,000 sebagai pampasan ganti pengembalian jawatan dan RM660,000 sebagai tunggakan gaji."Ia kemudian ditolak RM198,000 yang merupakan pendapatannya selepas kehilangan pekerjaan, menjadikan award bersih sebanyak RM1.012 juta," jelasnya.Malah pada 7 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan syarikat berkenaan untuk mendapatkan kebenaran merayu, sekali gus menyebabkan ganjaran tersebut kekal muktamad.ARTIKEL BERKAITAN: Kena kejar ‘debt collector’ sebab culas bayar ansuran... Jangan gelabah, peguam kongsi cara ‘ajar’ mereka jika keterlaluanMengambil pengajaran daripada kes tersebut, Adib berkata, majikan tidak semestinya perlu mengeluarkan surat pemberhentian untuk dianggap telah memecat seseorang pekerja.Sebaliknya, tindakan mengurangkan gaji secara sepihak, menukar terma penting pekerjaan, tidak membayar upah atau mewujudkan keadaan sehingga pekerja tidak mempunyai pilihan munasabah selain berhenti juga boleh membawa kepada pemecatan konstruktif.Apa yang menarik, pekerja dalam kes berkenaan tidak mempunyai kontrak pekerjaan bertulis yang menyatakan jumlah gajinya.Namun, mahkamah masih dapat menentukan jumlah sebenar berdasarkan rekod pembayaran, dokumen berkaitan serta pengakuan saksi syarikat."Kontrak bertulis itu penting, tetapi ketiadaannya tidak semestinya menghapuskan hak pekerja," jelasnya.