suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duduk Kajang tapi dapat saman RM300 kesalahan di KL! Mungkin nombor plat kena klon, sebab itu penting lupuskan rekod kereta lama di JPJ

Pendaftaran pelupusan kenderaan adalah penting bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dilakukan. -Gambar hiasan AI

SIAPA tak terkejut kalau tiba-tiba dapat saman RM300 sedangkan tarikh dan masa kejadian direkodkan berbeza dengan lokasi sebenar. 

Itu situasi berlaku terhadap wanita ini dan lebih menambah rasa pelik adalah nombor pendaftaran kenderaan yang disemak menerusi aplikasi MyPDRM bukan miliknya.

Meluahkan rasa hairan, saman tersebut dikeluarkan atas kesalahan mengabaikan isyarat lalu lintas di Jalan Peel, Kuala Lumpur pada 3 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengaku pada masa tersebut dia berada di pejabatnya yang terletak di Kajang, Selangor.

"Baru sahaja semak MyPDRM dan klik bahagian saman. Tiba-tiba ada saman RM300 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas.

"Masalahnya pada waktu dan hari berkenaan saya berada di pejabat. Tempat saman itu dikeluarkan pula di Kuala Lumpur sedangkan pejabat saya di Kajang.

Sesiapa sahaja akan terkejut apabila menerima notis saman di lokasi yang tidak dikunjungi. -Gambar hiasan AI

Sesiapa sahaja akan terkejut apabila menerima notis saman di lokasi yang tidak dikunjungi. -Gambar hiasan AI

"Nombor plat berkenaan juga bukan milik mana-mana kenderaan yang saya tahu. Jadi, apa yang perlu dilakukan?" soalnya menerusi hantaran di Threads.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian seorang pelayar yang mendakwa situasi itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan rekod kenderaan lama yang masih didaftarkan atas nama pemilik.

Mengulas mengenai perkara itu, ramai tidak mengetahui bahawa pendaftaran kenderaan yang sudah mengalami kerosakan menyeluruh atau total loss, reput mahupun hilang perlu dibatalkan bagi mengelakkan nombor pendaftarannya terus dikaitkan dengan pemilik asal.

"Ramai yang tidak tahu, kenderaan yang sudah total loss, reput atau hilang dan tiada harapan untuk dijumpai perlu dibuat pelupusan nombor plat di JPJ.

"Saya pernah membawa ayah membuat urusan itu kerana ada 10 kenderaan atas namanya. Lupuskan mana yang tidak digunakan supaya tidak disalahgunakan," tulisnya.

Berdasarkan penerangan di laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pembatalan pendaftaran merupakan proses membatalkan rekod kenderaan serta menyekat sebarang transaksi ke atasnya.

Kebanyakan individu membiarkan kenderaan yang sudah rosak atau total lost tanpa mendaftarkan pelupusan secara rasmi. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan individu membiarkan kenderaan yang sudah rosak atau total lost tanpa mendaftarkan pelupusan secara rasmi. -Gambar hiasan AI

Istilah musnah pula merujuk kepada kenderaan yang mahu dilupuskan dengan apa-apa cara sekalipun.

Malah kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, pendaftaran itu sekali gus membolehkan pasukan penguatkuasa JPJ mengambil tindakan tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan kenderaan diklasifikasikan total lost.

"Saya menasihatkan individu atau mana-mana pihak yang tahu atau melihat kenderaan seperti itu supaya membuat laporan kepada pihak polis dan JPJ.

"Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan semula kenderaan dikategorikan sebagai 'total lost' itu," katanya menerusi laporan Berita Harian berhubung isu yang sama.

Anda yang ingin melakukan pendaftaran bolehlah menyediakan borang ini.

1. Satu salinan Borang  JPJ K1C (Pindaan 2/2020) yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar.

2. Dokumen pengenalan asal untuk tujuan menyemak sahaja.

3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan/VOC (Sijil Pemilikan Kenderaan) (JPJK2) asal.

Jika JPJK2/ VOC tidak dapat dikemukakan, pastikan pengisytiharan dilakukan dalam  JPJK1C (Pindaan 2/2020).

4. Borang JPJ K6 untuk pembayaran balik LKM (Jika berkaitan).

Artikel Lain