suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengah syok siang ketam, wanita terkejut ada ‘benda’ putih bertumpuk pada cengkerang... Rupanya parasit penumpang ‘teritip bertangkai’

Parasit Octolasmis cenderung berada di insang ketam.

KETAM antara makanan laut kegemaran ramai kerana isinya yang manis dan boleh dimasak dalam pelbagai cara.

Bagaimanapun selera boleh terbantut saat terlihat ratusan objek pelik melekat di sebalik cengkerangnya ketika mahu membersihkan ketam.

Situasi itu dialami seorang wanita yang menemukan sekumpulan objek kecil berwarna putih kecoklatan ketika menyiang seekor ketam betina.

Menerusi perkongsian di Threads, dia pada awalnya menyangka ia anak ketam kerana bentuknya kelihatan seperti hidupan kecil.

"Apa benda ini? Hendak cuci dan buang cengkerang, ada benda ini. Ingatkan anak ketam," tulisnya.

Hantarannya itu mendapat maklum balas beberapa pelayar lain dengan salah seorang berkongsi pengalaman tentang rasa isi ketam yang mempunyai parasit.

Kebanyakan pengguna gemar membeli ketam yang sudah disiang. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan pengguna gemar membeli ketam yang sudah disiang. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, isi ketam dengan kehadiran parasit biasanya sudah tidak manis dan ada sesetengahnya datang dengan bau yang kuat.

"Itu macam parasit, biasanya kalau ada saya buang sekali ketamnya sebab isi dia dah tak manis. Kadang-kadang macam ada bau," jelasnya di ruang komen.

Berdasarkan kajian diterbitkan dalam Jurnal Ilmiah Perikanan dan Kelautan Vol. 11, No. 1 (2019), rupa dan lokasi benda asing itu berkemungkinan merupakan teritip bertangkai daripada genus octolasmis yang hidup menumpang pada tubuh ketam.

Organisma kecil daripada kumpulan krustasea itu lazimnya melekat pada bahagian terlindung dan mempunyai aliran air khususnya ruang insang di bawah cengkerang ketam.

Menerusi kajian yang dibuat ke atas ketam renang biru atau ketam bunga di perairan Kuala Terengganu mendapati, empat spesies octolasmis ditemukan pada insang, cengkerang, abdomen dan kaki haiwan berkenaan.

Kehadirannya pada bahagian insang membolehkan organisma tersebut mendapat aliran air secara berterusan untuk memperoleh makanan.

Ia juga bukan telur ketam kerana induk betina biasanya membawa telur dalam bentuk gumpalan menyerupai span yang melekat pada kaki renang halus atau pleopod di bawah lipatan abdomen.

Artikel Lain