Kebanyakan peminjam terpaksa membayar hutang yang berlipat gandar daripada jumlah pinjaman. -Gambar hiasan AI
MASALAH kewangan yang kronik dan tiada jalan keluar menjadi antara penyebab seseorang memilih pinjaman wang berlesen (PWB) sebagai jalan penyelesaian untuk keluar daripada masalah hutang.Syarat pinjaman yang mudah dan longgar termasuk tidak memerlukan penjamin atau cagaran membuatkan ramai memilih cara ini apatah lagi jika sudah terdesak. Namun malangnya, cara itu sebenarnya membawa kepada masalah lebih besar apabila kebanyakan mereka sebenarnya adalah sindiket ah long yang berselindung di sebalik PWB.Seperti kisah seorang lelaki ini, dia mendakwa membuat pinjaman sebanyak RM10,000 daripada sebuah agensi kewangan namun hanya memperoleh tunai sebanyak RM9.500.Apa mengejutkan selepas membayar RM34,000 namun dia mendakwa masih mempunyai tunggakan sebanyak RM28,000.Terbeban dengan situasi tersebut, dia kemudiannya mengkaji taktik yang dilakukan sindiket berkenaan bagi memperdaya peminjam.Berikut merupakan antara tindakan yang didakwanya sering digunakan sindiket berkenaan bagi memastikan mangsa terus dibelenggu hutang.Ramai yang memilih PWB untuk keluar daripada masalah kewangan. -Gambar hiasan AI1. Potong wang pinjaman sebelum diserahkan kepada peminjamSebagai contoh, seseorang memohon pinjaman RM3,000, namun hanya menerima sekitar RM2,000 hingga RM2,500 selepas ditolak pelbagai caj seperti yuran proses, duit 'runner' atau kononnya faedah bagi bulan pertama.Bagaimanapun, hutang tetap direkodkan sebagai RM3,000, sekali gus menyebabkan peminjam perlu membayar semula jumlah penuh walaupun wang yang diterima jauh lebih rendah.Amalan itu melanggar Seksyen 19 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) kerana pemberi pinjam tidak boleh mengekalkan rekod hutang berdasarkan jumlah asal sedangkan sebahagian daripada wang pinjaman telah dipotong sebelum diserahkan kepada peminjam.2. Bayar 'duit sambung tempoh', hutang pokok tetap tak berkurangApabila peminjam gagal melangsaikan keseluruhan bayaran mengikut jadual, mereka didakwa ditawarkan pilihan untuk membayar sejumlah wang bagi melanjutkan tempoh pinjaman.Namun bayaran tersebut didakwa hanya dianggap sebagai caj melanjutkan tempoh dan tidak mengurangkan baki hutang pokok.Akibatnya, peminjam terus membayar setiap minggu atau bulan tetapi jumlah hutang asal hampir tidak berubah.Ini adalah punca utama kenapa pinjaman RM1,500 boleh menjadi puluhan ribu ringgit.Ada peminjam yang diganggu di tempat kerja. -Gambar hiasan AI3. Hutang terus membesar akibat faedah ke atas tunggakanMenurut peguam itu, sesetengah pihak didakwa mencampurkan denda lewat bayar ke dalam baki hutang sebelum mengenakan faedah baharu.Sebagai contoh, sekiranya anda terlewat bayar sehari atau seminggu, anda dikenakan denda lewat antara RM50 hingga RM100 sehari.Kaedah itu menyebabkan hutang berkembang dengan cepat walaupun peminjam terus membuat bayaran.Untuk pengetahuan ramai, amalan mengenakan faedah kompaun sedemikian dilarang di bawah Seksyen 17 Akta 400.4. 'Gali lubang tutup lubang' melalui syarikat lainMangsa yang gagal membuat bayaran juga didakwa ditawarkan pinjaman baharu daripada syarikat lain kononnya bagi menyelesaikan hutang terdahulu.Hakikatnya, syarikat-syarikat tersebut dipercayai mempunyai kaitan antara satu sama lain sehingga peminjam hanya berpindah daripada satu hutang kepada hutang yang lain.5. Guna akaun keldai bagi menyukarkan pengesanan transaksiPerkongsian itu turut mendakwa sindiket menggunakan akaun bank individu lain atau akaun keldai untuk menerima bayaran dan memindahkan wang."Mereka menggunakan berpuluh-puluh akaun bank orang lain (akaun keldai) yang dibeli daripada pelajar, penagih atau individu terdesak."Wang peminjam akan 'dipusing' dari Akaun Keldai 1 ke Akaun Keldai 2, sebelum dikeluarkan secara tunai bagi mengelakkan dikesan oleh pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Bank Negara (AMLA) atau polis," jelasnya.Kaedah itu dikatakan menyukarkan pihak berkuasa mengesan aliran transaksi serta pihak yang sebenarnya mengendalikan operasi pinjaman berkenaan.Walhal di bawah Seksyen 5 (1) Akta 400, kontrak ah long adalah terbatal dan tidak sah yang mana apabila dibawa ke saluran rasmi, kesemua 'bunga' dan denda lewat bayar akan dikira semula berdasarkan jumlah modal sebenar yang diterima di tangan.