suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan bereksperimen dalam bilik air... Ramai tak perasan tabiat campur bahan pencuci boleh bebaskan gas beracun!

Tabiat mencampurkan pelbagai bahan pencuci sering diamalkan orang ramai demi mendapatkan hasil cucian yang lebih bersih. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan semakin banyak bahan pencuci digunakan, hasil yang bakal diperoleh pastinya cukup bersih.

Malah ada yang mencampurkan bahan peluntur dengan sabun, cuka atau pencuci tandas kerana menyangkakan gabungan itu lebih berkesan untuk menghilangkan kotoran degil.

Hakikatnya, tabiat tersebut boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan, terutamanya jika ia dilakukan di ruang tertutup seperti bilik air yang mempunyai pengudaraan kurang baik.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang lelaki mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mencampurkan peluntur dengan bahan pencuci lain ketika membersihkan bilik air.

"Mencampurkan peluntur dengan sabun atau bahan pencuci lain adalah kesilapan paling bahaya dan paling kerap berlaku," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai keliru kod 304 dan 316 pada periuk ‘stainless steel’, mak-mak kena tahu sebelum beli

Mengulas lanjut mengenainya, pemuda itu berkata campuran peluntur dengan cuka atau bahan berasid boleh menghasilkan gas klorin.

Manakala campuran dengan ammonia pula boleh menghasilkan gas kloramina. 

"Kedua-dua gas tersebut boleh memberi kesan buruk kepada sistem pernafasan yang mana dada terasa sempit nak bernafas, mata terasa pedih dan batuk teruk.

"Paling membimbangkan apabila pengguna pengsan di dalam bilik air sekali gus meragut nyawa," tambahnya.

Risiko menjadi lebih tinggi apabila kerja-kerja pembersihan dilakukan dalam bilik air yang tertutup sehingga seseorang terdedah kepada gas tersebut dalam tempoh yang lama.

Perkongsiannya itu selari dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang turut mengingatkan orang ramai supaya tidak sekali-kali mencampurkan peluntur berasaskan klorin dengan pencuci lain.

Ini kerana ia boleh membebaskan wap atau gas yang berbahaya untuk dihidu. 

Walau bagaimanapun, agensi itu mengesyorkan penggunaan peluntur dilakukan di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik seperti membuka tingkap atau pintu ketika proses pembersihan dijalankan.

Artikel Lain