Lindung 24 Jam diperkenalkan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial menyeluruh kepada pekerja, termasuk ketika cuti umum dan hari rehat.
SEORANG pembantu veterinar menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) di bawah Skim Kemalangan Bukan Benca Kerja (SKBBK) atau Lindung 24 selepas cedera parah akibat digigit kucing liar.Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memaklumkan Noor Ami Athirah Mohd Isa, 26, cedera pada jari telunjuk kanan ketika cuba menangkap seekor kucing liar yang memasuki rumah dan merosakkan barangan di dapur. Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku di rumahnya di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan pada 24 Jun lalu."Semasa cuba mengawal keadaan, Noor Ami menangkap kucing liar berkenaan sebelum haiwan itu bertindak menggigit jari telunjuknya sehingga menampakkan tulang."Mangsa segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum dirujuk ke Hospital Serdang dan menjalani pembedahan pada hari sama berikutan kecederaan serius yang dialami," menurut kenyataan itu.Susulan kejadian tersebut, Noor Ami diberikan cuti sakit selama 38 hari bermula 24 Jun hingga 31 Julai 2026.Semakan Perkeso kemudian mengesahkan wanita berkenaan dilindungi menerusi skim Lindung 24 Jam dan layak menerima bayaran penggantian pendapatan berjumlah RM684 sepanjang tempoh cuti sakitnya.Selain itu, Noor Ami juga boleh menuntut Bayaran Ganti Belanja bagi kos rawatan yang ditanggung.Menurut Perkeso, sekiranya masih belum sembuh, dia boleh mengemukakan cuti sakit tambahan bagi melanjutkan pembayaran Faedah Hilang Upaya Sementara sekali gus membolehkannya memberikan tumpuan kepada proses pemulihan sebelum kembali bekerja.Noor Faais menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara daripada Perkeso."Kes sebegini sebenarnya banyak berlaku, namun sebelum ini ia tidak dilindungi Perkeso."Dengan penguatkuasaan Lindung 24 Jam, jari digigit kucing juga dilindungi dan bukan kes itu sahaja, malah banyak lagi kejadian lain akan mendapat perlindungan.“Skim ini diperkenalkan bagi menutup kelompangan dalam perlindungan sosial negara. Jika dahulu ramai mengadu tuntutan kemalangan ditolak kerana bukan bencana kerja, kita berharap selepas ini tiada lagi aduan sedemikian,” jelas kenyataan itu.Dalam perkembangan berkaitan, seorang operator kilang yang koma akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menziarahi adiknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang turut layak menerima manfaat skim sama.Mangsa, Noor Faais Azali, 39, yang menjadi pencarum aktif Perkeso sejak 5 Mei 2014, mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal atas urusan peribadi pada 6 Jun lalu.Kemalangan tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan koma.Menurut Perkeso, bayaran FHUS sebanyak RM1,008 telah diluluskan dan diproses bagi tempoh 6 Jun hingga 31 Julai.Memandangkan cuti sakitnya dilanjutkan sehingga 26 Oktober ini, Perkeso akan meneruskan pembayaran faedah tersebut dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM2,574.Selain bayaran penggantian pendapatan, agensi itu turut menyediakan peralatan pemulihan termasuk katil pesakit, kerusi roda boleh laras, tilam antidekubitus dan mesin penyedut kahak.Bekalan susu serta lampin pakai buang juga diberikan secara berkala dengan keseluruhan nilai bantuan dianggarkan melebihi RM5,500.