Hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram tetap tidak dibenarkan menurut syarak. -Gambar hiasan AI
SESETENGAH lelaki muda dilihat tidak kisah untuk bersalaman dengan wanita lebih berusia berpangkat nenek atau ibu saudara kepada isteri kerana beranggapan ia dibolehkan selagi tidak timbul nafsu.Namun, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram tetap tidak dibenarkan menurut syarak. "Hal ini berdasarkan hadis sahih bahawa Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita ajnabi, walaupun dalam urusan bai‘ah."Majoriti fuqaha daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali berpegang bahawa sentuhan tetap haram, sama ada dengan wanita muda atau tua."Walaupun tanpa syahwat dan atas alasan adat, hormat atau perasaan," katanya menerusi perkongsian di Threads.Gantikan salam dengan senyuman bila bertemu wanita tua. -Gambar hiasan AIDr. Zulkifli menekankan bahawa jalan paling selamat adalah menjauhi bersalaman bagi menutup pintu fitnah dan mengelakkan khilaf ulama walaupun membabitkan wanita yang sangat tua."Terdapat sebahagian pendapat minoriti yang memberi kelonggaran dalam keadaan tertentu seperti wanita yang sangat tua."Jalan yang paling selamat dan lebih wara‘ ialah menjauhi perbuatan bersalaman demi menutup pintu fitnah dan keluar daripada khilaf ulama."Menggantikan salam dengan ucapan, senyuman dan adab yang baik sudah memadai tanpa melanggar batas syarak," katanya.