PEMBELIAN emas perhiasan secara pakai dulu, bayar kemudian (BNPL) melalui bayaran ansuran daripada kedai emas adalah diharuskan.Sebahagian ulama berpendapat bahawa emas perhiasan tidak lagi dikira sebagai item ribawi. Perkara itu dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang merujuk kepada perbezaan pandangan ulama mengenai status emas perhiasan sama ada ia masih tertakluk kepada hukum jual beli item ribawi atau sebaliknya.Menurut penjelasan, emas secara asasnya tergolong sebagai item ribawi yang tertakluk kepada syarat jual beli secara serta merta apabila ditukar dengan wang.Pembelian menggunakan kad kredit Islamik adalah diharuskan. -Gambar hiasan AI Ia sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit RA (Riwayat Muslim).Bagaimanapun, para ulama berbeza pendapat apabila emas tersebut telah dibentuk menjadi perhiasan.Perbezaan pandangan ulamaPandangan jumhur ulama menyatakan bahawa emas dan perak kekal sebagai item ribawi walaupun telah ditempa menjadi perhiasan.Oleh itu, jual beli emas perhiasan tetap tertakluk kepada hukum jual beli sorof dan tidak dibenarkan secara ansuran.Namun, pandangan kedua yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa emas perhiasan tidak lagi berfungsi sebagai medium pertukaran, maka ia tidak lagi tertakluk kepada hukum riba.Pandangan ini turut dipilih oleh Syeikh Taqi Uthmani dengan syarat harga emas ditetapkan berdasarkan nilai semasa akad.Ia juga selari dengan fatwa Dar al-Ifta’ Mesir serta keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-96 (2011) yang memutuskan bahawa syarat ribawi hanya terpakai kepada emas jongkong dan syiling, bukan emas perhiasan.Kaedah pembayaran yang diharuskanBerdasarkan pandangan tersebut, pembelian emas perhiasan secara ansuran adalah dibenarkan. Selain itu, pembelian menggunakan kad kredit Islamik juga diharuskan oleh kedua-dua pandangan ulama kerana ia dianggap sebagai transaksi tunai. Hal ini kerana penjual menerima bayaran penuh daripada pihak pengeluar kad, manakala urusan hutang berlaku antara pemegang kad dan institusi kewangan.Amaran terhadap unsur ribaSebaliknya, pembelian emas perhiasan menggunakan kad kredit konvensional, pinjaman tidak patuh syariah atau sebarang instrumen kewangan yang mengandungi unsur riba adalah haram.