RAMAI peminat muzik berkunjung ke konsert jauh dari tempat tinggal mereka, namun perlu diingat bahawa perjalanan ke konsert tidak semestinya membolehkan solat jamak dan qasar.Apatah lagi jika konsert tersebut mengandungi unsur maksiat, kata Jabatan Mufti Negeri Selangor. Secara asasnya, solat jamak dan qasar adalah keringanan (rukhsah) bagi musafir yang menempuh perjalanan melebihi dua marhalah (81 kilometer) dari tempat asal. Jelasnya, rukhsah ini bertujuan memudahkan umat Islam menunaikan solat fardu tanpa mengabaikan syariat.Antara syarat-syarat rukhsah jamak dan qasar:- Jarak perjalanan melebihi 81 km.- Perjalanan pasti tujuannya, bukan sekadar merayau.- Tidak bertujuan maksiat.- Solat fardu dilakukan semasa bermusafir.- Perjalanan telah melepasi sempadan kariah.- Tidak berniat menetap empat hari atau lebih di destinasi.- Tidak mengikuti imam yang bermukim."Konsert yang tidak mengandungi maksiat membolehkan pelaku menunaikan solat jamak dan qasar dari hari perjalanan hingga pulang."Konsert yang mengandungi unsur maksiat, seperti melalaikan dan bercampur batas pergaulan, tidak membenarkan rukhsah. Pelaku perlu menunaikan solat tamam (sempurna) sepanjang perjalanan," katanya.Imam Nawawi dalam Rawdhah al-Talibin menjelaskan:“Maksud sesuatu permusafiran mestilah dibenarkan syarak, sama ada untuk ketaatan atau urusan perniagaan. Perjalanan bertujuan maksiat tidak membolehkan rukhsah qasar, seperti seorang hamba melarikan diri daripada tuannya.”Kesimpulannya, solat jamak dan qasar hanya sah bagi perjalanan yang dibenarkan syarak, manakala perjalanan yang bertujuan maksiat tidak layak mendapat rukhsah.