BEKAS isteri kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril meluahkan rasa syukur selepas urusan perceraian selesai di mahkamah.
Nur Syazwani dalam satu hantaran di media sosial memohon doa agar urusan dipermudahkan termasuk kehidupan bersama anak lelakinya.
"Semoga seterusnya berpihak kepada saya.

Nur Syazwani bersama peguam yang mewakilinya.
"Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak menjalani kehidupan di hari mendatang," tulisnya.
Dalam hantaran sama, Nur Syazwani turut meninggalkan tanda pagar yang mencetuskan persoalan ramai sekali gus menggambarkan seolah-olah wujud orang ketika dalam rumah tangga mereka sebelum ini.
“#curangitupilihanbukankebetulan,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim, Nur Syazwani bercerai talak dua
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim luah kecewa, bagi bayangan rumah tangga bergolak lagi
Nur Syazwani turut menghargai jasa baik peguam yang mewakilinya sepanjang proses perceraiannya di mahkamah.
Syazwani dan Faisal sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Jumaat.
Peguam syarie yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah mengesahkan terdapat dua kali lafaz cerai dilakukan oleh pemain bola itu.

Nur Syazwani harap kehidupan lebih baik selepas bercerai.
Talak pertama dilafazkan pada 11 Jun lalu dan mereka kembali rujuk pada hari sama.
Manakala lafaz kedua pula dibuat pada 10 November lalu.
Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


