suria

Isteri Faisal Halim luah kecewa, bagi bayangan rumah tangga bergolak lagi

Perkongsian yang dimuat naik oleh Nur Syazwani (kanan) sekali lagi mendapat perhatian ramai.

ISTERI kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran penuh emosi di media sosial seolah-olah memberi bayangan sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Menerusi hantaran di InstaStory, Nur Syazwani menulis kata-kata penuh emosi dan seakan-akan memberi bayangan kekecewaan terhadap hubungan dalam perkahwinan. 

"Perkahwinan bukan satu perjudian. Nak main game? Jom main. 

Perkongsian Nur Syazwani di Instastory miliknya.

"Patutlah layan aku macam sampah," tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Nur Syazwani turut berkongsi kata-kata hikmah tentang penipuan dan balasan yang akan diterima oleh individu terbabit sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai keadaan rumah tangganya.

Sebelum ini, mStar melaporkan Nur Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri Faisal Halim akur dipulangkan ke pangkuan ibu, dedah punca fail cerai... “Ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan”

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Faisal Halim kembali pulih, isteri luah macam baru kahwin semalam

Dedah Nur Syazwani, ini bukan kali pertama dia diceraikan dan usaha untuk mempertahankan hubungan mereka nampaknya tidak berhasil kerana campur tangan pihak ketiga.

Bagaimanapun pada 12 September lalu hubungan pasangan itu dipercayai  kembali pulih apabila Faisal memuat naik foto bahagia bersama isterinya di media sosial.

Bagi menguatkan lagi khabar gembira itu, isterinya turut berkongsi semula foto berkenaan di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur.

Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain