PELAKON Kamal Adli menegaskan dia hanya mempunyai satu permintaan selepas berpisah dengan Uqasha Senrose iaitu mendapat lebih banyak peluang berjumpa dan meluangkan masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira.Kata Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 40, sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk bertemu anaknya itu sehinggakan hubungan mereka agak terbatas. Dedah Kamal, sepanjang tempoh tiga bulan kebelakangan ini, dia hanya sempat bertemu Hawra sebanyak lima kali sahaja.Kamal hanya dapat jumpa Hawra lima kali saja dalam tiga bulan ini.“Saya harap selepas ini saya boleh lebih senang untuk berjumpa dengan Hawra. Sebelum ini memang agak susah untuk jumpa dia. Sebenarnya sudah lama saya tak luangkan masa dengan Hawra.“Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, saya rasa hanya sempat berjumpa dengan Hawra sekitar lima kali sahaja. Jadi saya harap selepas ini semuanya dipermudahkan untuk jumpa dan meluangkan masa dengan anak,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Kamal turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakannya sejak awal kemelut rumah tangga mereka.Namun, pelakon drama Black itu meminta agar tiada pihak mengeluarkan komen negatif terhadap Uqasha dan anak mereka.ARTIKEL BERKAITAN: “Sumpah, demi Allah saya tak nak lepaskan”… Kamal Adli masih berharap rujuk semula dengan Uqasha SenroseARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satu“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya daripada awal. Cuma saya nak pesan, tolong jangan tulis komen yang buruk mengenai Uqasha. Tolong jangan kecam dia.“Saya sudah cuba yang terbaik. Daripada awal lagi saya cuba mempertahankan rumah tangga kami, tetapi jika Allah sudah tetapkan sampai di sini, saya terima,” ujarnya.Ditanya mengenai hubungan mereka selepas berpisah, Kamal mengakui keadaan masih canggung dan masing-masing membawa haluan sendiri.Bagaimanapun, Kamal sekali lagi menegaskan keutamaannya kini hanyalah anak perempuan mereka. Saya harap selepas ini saya boleh lebih senang untuk berjumpa dengan Hawra.KAMAL ADLIPELAKON"Saya tak tahu (boleh jadi sahabat atau tidak). Saya nak salam dia pun tak dapat tadi. Dia macam terus berpecah (bawa haluan) macam itu saja. Saya tunggu juga kat situ tapi tak apalah.“Cuma itulah saya cakap, jangan susahkan saya untuk nak jumpa dengan Hawra sebab saya ada dia saja sekarang,” katanya.Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 12.56 tengah hari Isnin. Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.Kamal harap Uqasha akan mudahkan dia berjumpa Hawra.Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube