PELAKON Kamal Adli masih berharap untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya yang juga aktres Uqasha Senrose meskipun sudah melafazkan talak satu pada Isnin. Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 40, berkata keputusan melepaskan isterinya bukanlah sesuatu yang mudah, malah dibuat dengan penuh berat hati demi memberi ruang dan peluang untuk mereka kembali bersama pada masa hadapan. “Sumpah, demi Allah saya tak nak lepaskan pun. Ikut hati Kamal enggan lepaskan Uqasha.“Tapi saya dah cakap tadi, saya kena lepaskan sebab saya boleh dapat ruang dan peluang untuk rujuk kembali,” katanya kepada mStar. Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. Dalam pada itu, Kamal berkata dia sebenarnya tidak kuat untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha dan tidak mampu untuk meluahkan perasaannya pada ketika itu. “Saya tak nak jawab dan tak boleh nak bercakap. Saya tak mampu nak lafaz pun. ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satuARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli akui hubungan dengan Uqasha Senrose di fasa pengakhiran… “Kalau tak ada jodoh saya serah pada Allah”“Hari ini paling tak ‘best’ dalam hidup saya. Tak kuat sebenarnya, nak cakap dengan anda semua.“Saya tak nak pun (cerai), itu saja. Kalau tanya saya, saya tak nak sebenarnya,” ujarnya. Sementara itu, peguam mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh menjelaskan perceraian pasangan itu berlaku mengikut prosedur undang-undang syariah dan masih membuka ruang untuk rujuk. Saya kena lepaskan sebab saya boleh dapat ruang dan peluang untuk rujuk kembali.KAMAL ADLIPELAKONMenurut Abdul Hadi, talak raj’ie membolehkan pasangan tersebut kembali rujuk dalam tempoh idah tanpa perlu akad nikah baharu.“Jadi pada hari ini mereka sah bercerai pada jam 12:56 petang dengan talak raj’ie atas kebenaran mahkamah di hadapan hakim.“Kamal berharap masih ada sinar. Kalau kita di posisi Kamal, memang dia masih lagi berharap sebenarnya. “Jadi harapan itu masih boleh dipanjangkan hanya dengan mendapatkan satu cerai secara talak raj’ie, iaitu cerai yang boleh dirujuk. Kamal mahu peluang untuk rujuk kembali dengan Uqasha.“Jadi dalam tempoh ini, Kamal masih lagi boleh berharap dan berusaha sekiranya ada jodoh di antara mereka berdua. Itu sahaja. Kalau tidak ada, maksudnya setakat itu sahajalah jodoh mereka,” katanya.Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 12.56 tengah hari Isnin.Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.Kamal dan Uqasha sah cerai talak satu pada Isnin.Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube