suria

Kamal Adli akui hubungan dengan Uqasha Senrose di fasa pengakhiran… “Kalau tak ada jodoh saya serah pada Allah”

Kamal anggap hubungannya dengan Uqasha berada di fasa pengakhiran.

PELAKON Kamal Adli memilih untuk menyerahkan sepenuhnya soal jodoh bersama aktres Uqasha Senrose kepada ketentuan Allah ketika menghadiri prosiding hakam yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Kamal atau Ahmad Kamal Adli, 40, berkata, dia berada dalam keadaan serba salah untuk mengulas lanjut berhubung proses tersebut kerana ia sudah menghampiri fasa pengakhiran.

Aktor itu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kira-kira pukul 9.30 pagi dengan diiringi peguamnya, Abdul Hadi Mohamad Salleh.

Kamal serahkan soal jodoh bersama Uqasha pada Allah.

“Hari ini akan ada prosiding hakam. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya tak berani cakap. 

“Susah sikit saya nak jawab sebab prosedur hari ini sebenarnya dah hujung-hujung (pengakhiran). 

“Kalau tak ada jodoh, Wallahualam (Allah lebih mengetahui) tengok macam mana. Tapi saya dah cuba usaha dari awal lagi. Tunggu sekejap lagi kita lihat macam mana,” katanya kepada mStar

Sementara itu, Uqasha yang hadir di mahkamah pada pukul 9.15 pagi enggan mengulas lanjut dan hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amaran keras Kamal Adli buat Uqasha Senrose, ‘coach cerai’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul dia” - Kamal Adli dah agak ‘permainan’ fitnah Uqasha Senrose

“Doakan yang baik-baik,” ujarnya. 

Mengulas mengenai prosiding hakam yang bakal dilalui oleh pasangan selebriti itu, peguam mewakili Uqasha iaitu Muhammaad Syazmee Sapian berkata prosiding pada hari ini merupakan peringkat kedua melibatkan lantikan hakam keluarga.

“Hari ini (Isnin) peringkat kedua untuk hakam keluarga iaitu akan ada lantikan hakam keluarga dan kemudian kita lihat sama ada diteruskan dengan prosiding timbang tara hakam atau bagaimana,” katanya. 

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat. 

Uqasha akan lantik hakam keluarga.

Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga. 

Menurut Syazmee, mahkamah juga telah mensabitkan wujudnya shiqaq iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan itu. 

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 1 tahun 8 bulan. 

Bagaimanapun, Uqasha memfailkan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain