suria

Lagi 5 hari masuk kem tentera, V BTS dan Jennie pilih bawa haluan masing-masing

Sehingga kini Jennie dan V masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka.

TAK sampai setahun menjalinkan hubungan cinta, anggota kumpulan BTS iaitu V dan Jennie Blackpink dilaporkan sudah membawa haluan masing-masing.

Pasangan selebriti terkenal dunia itu dikatakan menamatkan hubungan mereka susulan V bakal menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun bermula 11 Disember ini.

Walaupun tidak pernah membuka mulut mengenai hubungan mereka namun perkara itu dapat dihidu peminat selepas pasangan itu beberapa kali dilihat keluar bersama.

v - 1

Antara foto Jennie dan V yang berjaya dirakam peminat.

Syarikat pengurusan V dan Jennie juga memilih untuk mengunci mulut mengenai perpisahan pasangan tersebut.

Mei lalu, seorang jurugambar berjaya merakam video memperlihatkan V dan Jennie sedang bersiar-siar sambil berpegangan tangan di Seine, Perancis.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar berjaya rakam V dan Jennie berpegangan tangan di Paris, peminat beri restu bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun iCloud digodam, foto V BTS cium dahi Jennie Blackpink tersebar

Tidak hanya itu, pasangan berkenaan juga pernah melancong ke Pulau Jeju.

Menguatkan lagi spekulasi, foto mesra mereka tersebar sekali gus mengesahkan perasaan cinta di hati mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain