suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Ferrari remuk teruk kemalangan, Michael B. Jordan tak alami sebarang kecederaan

Jordan mengalami kemalangan pada Sabtu lalu.

PELAKON Michael B. Jordan bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.

Jordan, 36, dilaporkan melanggar sebuah kenderaan lain sehingga menyebabkan bahagian depan kereta mewah jenama Ferrari mengalami kerosakan teruk.

Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan Sunset Boulevard dan Beachwood Drive, Los Angeles.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas peserta Produce 101 jadi perhatian sebab mirip V BTS, peminat pula kata tak sama

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli Champion Band kini bawa teksi, jalani vasektomi enggan miliki anak ramai

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles juga mengesahkan kejadian itu namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Ini kerana tiada bukti mengatakan Michael memandu dalam keadaan laju sehingga menyebabkan kemalangan.

Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Jordan mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan itu kerana tidak menghadiri acara Academy Museum Gala sehari selepas kejadian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain