SPEKULASI mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana terus menjadi perhatian ramai.Ia susulan kemunculan Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pada pukul 8.40 pagi. Yusuf dilihat hadir memakai sut hitam bersama pembantu peribadinya. Yusuf sempat menyapa media di mahkamah. Ketika ditemu bual, Yusuf hanya meminta supaya urusan peribadinya itu dipermudahkan. “Doakan yang baik-baik.“Saya okay, Selamat Hari Raya,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Tak raya bersama, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tidak tinggal sebumbung? ARTIKEL BERKAITAN: “Aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah” - Zizi KiranaSementara itu, Zizi yang hadir pada pukul 8.45 pagi juga tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kehadirannya ke mahkamah. “Tiada apa-apa yang nak dikongsi. Saya pun tidak tahu mengenai proses hari ini. Ini pertama kali saya hadir ke mahkamah,” ujarnya. Zizi hadir ditemani Datin Seri Paduka Umie Aida dan seorang pengawal peribadi. Zizi hadir ke mahkamah bersama Umie (kiri). Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zizi dan Yusuf mempunyai masalah. Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube