KHABAR angin yang mengatakan pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana bakal berpisah akhirnya terjawab. Menerusi maklumat yang dikongsikan di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, pasangan tersebut dikatakan bakal melalui prosiding perceraian mereka pada Khamis. Difahamkan Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, selaku plaintif telah menfailkan permohonan cerai terhadap Yusuf. Status perkahwinan Zizi dan Yusuf sebelum ini menjadi bualan ramai. Sebelum ini, mStar melaporkan Zizi dan Yusuf kelihatan hadir ke mahkamah syariah pada Khamis. Bagaimanapun, pasangan itu enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan mengenai kehadiran mereka. Yusuf dan Zizi secara ringkas hanya meminta supaya urusan mereka dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Status rumah tangga jadi tanda tanya… Yusuf Bahrin, Zizi Kirana hadir di Mahkamah Syariah ARTIKEL BERKAITAN: Tak raya bersama, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tidak tinggal sebumbung?Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zizi dan Yusuf mempunyai masalah. Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube