suria

4 tahun tidak bertegur, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal kembali pulih selepas terserempak di surau

Lan gembira kerana dipertemukan semula dengan Rudy selepas empat tahun tidak bertegur.

SETELAH hampir empat tahun tidak bersemuka disebabkan perselisihan faham, hubungan penyanyi Lan Solo dengan gitaris kumpulan Kristal, Rody kembali pulih.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, memuat naik foto bersama Rudy di laman Instagram selepas terserempak secara tidak sengaja di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Solo terpaksa sekat semua anggota Kristal di laman sosialnya

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis antara Lan Solo & Kristal sebenarnya beri impak positif

fghgfh

Lan turut menghubungi isterinya, Nur Sheila Hassim ketika dia bertemu dengan Rudy.

"Alhamdulillah...itu kejadian semalam sebenarnya, kami ada program bersama tetapi bukanlah satu stage. Rody jadi house band untuk GV, saya untuk program GV live plus.

"Masing-masing ke surau kerana nak kejarkan waktu Maghrib, sebab semua program mereka hold dan sambung semula selepas Maghrib. Saya tak tahu pun Rody ada di situ, dia pun mungkin tak tahu saya ada.

"Tiba-tiba ada orang cuit bahu saya waktu nak keluar dari surau, dia (Rody) kata eh Lan! Saya pun balas, eh Rody! Itulah benda pertama yang kami cakap," katanya ketika dihubungi mStar.

Cuma saya harap tiada campur tangan daripada pihak luar yang akan mengeruhkan kembali keadaan yang dah sedia keruh sebelum ini

LAN SOLO

PENYANYI

Lan bersyukur dapat bersemuka semula dengan Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin selepas bermasam muka sehingga mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Kristal pada November 2017.

Bagaimanapun mereka berdua tidak dapat berborak dengan lama kerana masing-masing sibuk dengan tugasan yang perlu dilakukan pada malam itu.

"Saya rasa gembira dalam penuh kesyukuran sebab benda ini berlaku tanpa sebarang perancangan dan ditemukan di tempat yang baik, kami dah lama tak bercakap sejak tahun 2017.

“Sebenarnya kita tak dapat nak bersembang dengan lebih panjang lagi sebab masing-masing berkejar dengan komitmen pada ketika itu,” ujarnya.

Tambah Lan, dia akan bertemu Rody dalam masa terdekat dan berharap hubungan itu dapat terus dijernihkan tanpa campur tangan orang luar.

D0A1F2D5-BCC8-4233-AA68-DD3DA42B7FC0

Perselisihan yang wujud diantara Lan (baju merah) dan Rudy menyebabkan dia meninggalkan kumpulan Kristal pada November 2017.

"Masalah saya dengan Rody berlaku sebelum dia berkahwin lagi, jadi bila berjumpa tu sempat bertanya kahabar tentang keluarg, mak dan ayah dia sahaja. InshaAllah kalau tiada aral melintang, kami akan cuba untuk adakan pertemuan yang lebih lama sedikit.

"Cuma saya harap tiada campur tangan daripada pihak luar yang akan mengeruhkan kembali keadaan yang dah sedia keruh sebelum ini," ujarnya

Lan, pernah menjadi vokalis kumpulan Kristal selama 18 tahun sebelum membuat keputusan menyertai pertandingan Gegar Vaganza ke-4 dan mencetuskan krisis dengan anggota lain.

Situasi itu juga mengundang Rody membuat keputusan 'merehatkannya' dan mencari vokalis pengganti. Tindakan itu membuatkan Lan mengundur diri daripada Kristal pada November tahun lalu.

Pada 18 Januari 2019, Lan mengakui telah menyekat kesemua ahli kumpulan Kristal di laman sosial miliknya sejak minggu kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain