suria

Nico G tak jangka tersingkir awal, cuma bertahan 3 minggu di GV8… anggap keluar bermaruah

Nico G dianggotai oleh (dari kiri) Nico, Affa dan Dino.

TIADA rezeki untuk kumpulan Nico G meneruskan saingan di program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) apabila diumum menjadi peserta pertama tersingkir pada malam Ahad.

Meskipun tidak dapat meneruskan perjuangan di pentas berkenaan, Nico G mengakui masih berbangga dengan pencapaian mereka itu.

"Kami telah melakukan yang terbaik dan rezeki kami hanya sampai di sini. Kami akan terus bersama hingga akhir hayat dan berpuas hati dengan keputusan juri.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan kurang memuaskan, Nico G peserta pertama tersingkir GV8

ARTIKEL BERKAITAN: Nico G dapat markah tercorot minggu kedua GV8, akui perlu bantuan penyanyi latar untuk nyanyian lebih harmoni

"Walaupun kami tidak jangka terkeluar pada minggu ini, sekurang-kurangnya kami terkeluar dalam keadaan bermaruah.

"Walaupun kami kumpulan hip hop, kami mencuba genre penyanyi solo dan memasukkan elemen hip hop dalam persembahan kami cuma rezeki tidak berpihak kepada kami kali ini, tak mengapa perjuangan akan diteruskan," katanya kepada mStar.

nico 2

Persembahan Nico G kurang memuaskan.

Nico G dianggotai oleh tiga ahli iaitu Nico (Abdul Fashah Abdul Aziz), Affa (Muzaffar Shah Baharin) dan Dino (Shah Rosli).

Dalam konsert minggu ketiga itu, Nico G menyanyikan lagu Manis nyanyian asal Datuk Zainal Abidin menerima markah terendah iaitu sebanyak 50.10 peratus.

Kami akan berusaha sampai ke akhir hayat mungkin menerusi projek kami yang terbengkalai

NICO G

PENYANYI

Menurut juri tetap, Hetty Koes Endang, nyanyian Nico tiada harmoni dan kurang memuaskan.

Dalam pada itu, Nico G mengakui gembira kerana diberi peluang membawa perjuangan muzik hip hop era 1990-an dan berharap agar dapat terus berada dalam industri muzik tanah air.

nico 3

Nico G peserta pertama tersingkir GV8.

Malah, mereka sudah merangka beberapa perancangan berkaitan seni selepas menyertai program ini.

"Sepanjang dua bulan bersama dengan GV8, banyak perkara yang kami belajar. Terima kasih kami ucapkan kepada semua dan kami berpuas hati dapat berjuang mewakili komuniti muzik hip hop.

"Kami akan berusaha sampai ke akhir hayat mungkin menerusi projek kami yang terbengkalai. Kami sudah menyiapkan dua buah lagu beserta muzik video cuma tinggal empat lagi lagu yang belum siap dirakam.

"Untuk enam buah lagu ini, kami berkolaborasi bersama enam orang penyanyi rap underground. Menariknya, kami akan keluarkan album ini dalam bentuk cakera padat (CD) untuk mengembalikan semula memori zaman kegemilangan album," kata Nico.

Untuk konsert minggu ketiga, penyanyi Nikki Palikat yang menyanyikan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul menduduki tempat pertama dengan markah oleh juri sebanyak 80.80 peratus diikuti Alif Aziz (83.90 peratus) dan Adibah Noor (81.30 peratus).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain