suria

Persembahan kurang memuaskan, Nico G peserta pertama tersingkir GV8

Nico G tersingkir pada minggu letiva GV8.

KUMPULAN Nico G menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Nico G yang menyanyikan lagu Manis nyanyian asal Datuk Zainal Abidin semasa konsert minggu ketiga menerima markah terendah iaitu sebanyak 50.10 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Nico G dapat markah tercorot minggu kedua GV8, akui perlu bantuan penyanyi latar untuk nyanyian lebih harmoni

Menurut juri tetap, Hetty Koes Endang Endang, nyanyian Nico tiada harmoni dan kurang memuaskan pada minggu ini.

“Ini minggu ketiga jadi malam ini harus maksima, lagu sudah diberitahu seminggu jadi kena cari kelebihan, kekurangan dan perlu kerjasama.

“Fokus pada tempo dan harmoni, malam ini persembahan agak kurang... kalian beruntung dari berjuta yang mahu masuk hanya kalian ada kesempatan,” kata Hetty.

Nico G dianggotai oleh tiga ahli iaitu Nico (Abdul Fashah Abdul Aziz), Affa (Muzaffar Shah Baharin) dan Dino (Shah Rosli).

NIKKI

Nikki menerima markah tertinggi pada minggu ketiga GV8.

Penyanyi Nikki Palikat mendapat markah tertinggi iaitu 84.80 peratus manakala Aliff Aziz (83.90) dan Adibah Noor (81.30)

Dalam konsert minggu ketiga, Adibah Noor menyampaikan lagu All I Ask nyanyian asal Adele, Ani Mayuni (Naluri/ Datuk Nora Ariffin), Aweera (Boneka/ Ernie Zakri), Suki Low (Badarsila/ Datuk Seri Siti Nurhaliza), Datuk Fazley Yaakob (Yang Sedang Sedang Saja/ Iwan) dan Nikki Palikat (Semalam/ Aina Abdul).

Selain itu, Shidee (Blue Suede Shoes/ Elvis Presley), Sa. Ya (Better Man/ Robbie William), Upiak Isil (Retak/ Ella), Azan Scan (Ini Rindu/ Farid Hardja), Bandi Amuk (Nak Dara Rindu/ Tan Sri P Ramlee) dan Aliff Aziz (Kasihnya Laila/ Jinbara).

Selain Hetty, dua lagi juri tetap iaitu pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS serta Datuk Syafinaz dan juri jemputan minggu ini, Datuk AC Mizal.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos bersama dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Aweera manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home jatuh kepada Sa.Ya.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain