suria

Sophia Liana wakil Malaysia ke Korea Selatan, nak bawa elemen tradisional dalam muzik hip hop

Sophia Liana teruja dapat mewakili Malaysia.

PENYANYI rap dan ahli kumpulan DeFam, Sophia Liana bakal beraksi mewakili Malaysia di acara berprestij ASEAN Korea Music Festival Round 2021 (AKMF2021) anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Korea Selatan.

Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 31, mengakui teruja apabila terpilih beraksi di acara itu ibarat mimpi jadi kenyataan.

Penyanyi lagu Pedas ini sedang rancak melakukan segala persiapan bagi mempersembahkan lima buah lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha positif Covid-19, jangkit daripada kru drama - “Saya mohon maaf”

ARTIKEL BERKAITAN: Juara Hero Remaja tak kisah syarat pengikut sejuta, sokong idea produksi cari rating tinggi

“Saya sangat-sangat teruja dapat mewakili Malaysia sebab ini adalah satu peluang yang terlalu besar untuk saya bersama pasukan saya, Budak Ngam.

"Inilah masanya untuk kami tunjukkan kehebatan yang ada dalam industri muzik kita. Saya mendapat tahu mengenai berita gembira ini pada pertengahan bulan ini.

Sophia Liana teruja dapat mewakili Malaysia.

Sophia Liana mahu harumkan nama Malaysia.

"Kemudian pengurus saya memberitahu nama saya akan dihantar untuk bagi profil kepada penganjur di Korea Selatan," katanya.

Saya akan membawakan elemen tradisi warisan Malaysia dalam nyanyian rap.

SOPHIA LIANA

PENYANYI

Dalam pada itu, selain mahu kembangkan namanya ke arena antarabangsa, dia juga berazam memperkenal serta memartabat keunikan tradisi Malaysia menerusi persembahannya kelak.

“Saya akan membawakan elemen tradisi warisan Malaysia dalam nyanyian rap dan pada masa sama disuntik dengan elemen urban serta hip hop.

"Sentuhan elemen tradisi itulah yang saya nak sangat tonjolkan kepada penonton supaya mereka faham cara hip hop dari Malaysia.

WhatsApp Image 2021-12-04 at 9.18.14 PM

Sophia akan membawakan elemen tradisi warisan Malaysia dalam nyanyian rap.

“Saya sangat berharap persembahan saya nanti berjaya meninggalkan impak yang besar. Rasanya ini satu peluang untuk ke depankan lagi diri saya sebagai selebriti dari Malaysia ke mata dunia," ujarnya.

ASEAN Korea Music Festival Round 2021 (AKMF2021) akan berlangsung pada 9 Januari depan yang akan diadakan secara virtual dan ditonton dalam talian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain

Pemain EPL ditahan atas 2 dakwaan rogol