suria

Juara Hero Remaja tak kisah syarat pengikut sejuta, sokong idea produksi cari rating tinggi

Mierul Aiman percaya pada rezeki.

KETIKA ramai pelakon senior bersuara mempertikai kewajaran syarat pengikut sejuta sebelum diterima berlakon, juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman tidak melihat ia sebagai satu isu besar.

Ujar Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 23, adalah wajar pihak produksi meletakkan syarat tersebut yang menurutnya boleh memberikan rating yang tinggi kepada karya mereka.

"Bagi saya produksi yang mengetengahkan followers sebagai syarat utama tu... mereka tak salah, setiap penerbit ada perspektif untuk karya mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dilabel wajah ‘berkerak’ dan tidak komersial, juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman anggap kacak itu subjektif!

"Setiap penerbit nak followers banyak kerana boleh beri pengaruh dan akan memberi bantuan kepada mereka untuk raih ramai penonton.

"Tapi saya tak ada la rasa tercabar sangat sebab saya percaya pada rezeki masing-masing," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2021-12-04 at 2.49.14 PM

Mierul tidak tercabar dengan jumlah pengikut yang ramai.

Mierul yang juga pendatang baharu dalam industri akui berdepan cabaran untuk menaikkan nama tambahan pula dengan pengikut yang tidak seberapa.

Walaupun begitu, Mierul berkata dia menerima beberapa tawaran untuk berlakon namun masih dalam perbincangan dan tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut.

"Apa pun saya akan terus belajar buat ruang dan peluang insyaAllah rezeki akan sampai.

Tapi saya tak ada lah rasa tercabar sangat sebab saya percaya pada rezeki masing-masin

MIERUL AIMAN

JUARA HERO REMAJA

"Sebab rezeki bukan datang lambat atau cepat tapi datang pada masa yang tepat.

"Ada la tawaran sikit-sikit masih tunggu futher offer dan buat masa ni masih sulit tapi banyak flow bergerak,” katanya.

WhatsApp Image 2021-12-04 at 2.49.16 PM

Mierul teruja lakonan pertamanya ditermia oleh penonton.

Dia yang baru muncul dalam Telemovie Hierarki teruja apabila lakonan pertamanya mendapat maklum balas positif daripada penonton.

"Satu pengalaman yang best, belajar banyak benda selepas keluar Hero Remaja.

"Saya berlakon memegang watak Megat dalam Hierarki dengan 12 finalis Hero Remaja yang lain.

"Alhamdulillah ada dapat feedback yang positif daripada penonton dan suka dengan lakonan saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain