suria

Nico G dapat markah tercorot minggu kedua GV8, akui perlu bantuan penyanyi latar untuk nyanyian lebih harmoni

Nico G dapat markah terendah.

TIDAK dapat menyampaikan nyanyian secara harmoni, kumpulan Nico G menjadi peserta tercorot pada konsert minggu kedua program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV8).

Biarpun mendapat markah terendah iaitu 52.9, Nico G yang menyanyikan lagu sendiri iaitu Kaulah Gadisku terselamat daripada penyingkiran dan meneruskan persembahan pada minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley minta maaf nyanyi sumbang, rasa susah menyanyi lagu sendiri... Terkenangkan anak punca gementar atas pentas GV8

“Bukan mudah untuk menyanyi secara harmoni dan kami pun sudah lakukan persembahan yang terbaik pada malam ini. Untuk menyanyi secara harmoni kalau ada dua atau tiga orang penyanyi latar mungkin akan lagi sedap,” kata Nico kepada mStar.

Nico G dianggotai oleh tiga ahli iaitu Nico (Abdul Fashah Abdul Aziz), Affa (Muzaffar Shah Baharin) dan Dino (Shah Rosli).

aliffAliff Aziz bawa lagu Kasih Tak Sampai dapat pujian.

Penyanyi Aliff Aziz mendapat markah tertinggi iaitu 81 manakala Adibah Noor, 72.80 dan Nikki Palikat di kedudukan ketiga dengan markah sebanyak 71.70.

Dalam konsert minggu kedua, Adibah Noor menyampaikan lagu Istana Menanti, Ani Mayuni (Selangit), Aweera (Andai Ku Bercinta Lagi), Suki Low (Kisah Cinta Kita), Datuk Fazley Yaakob (Laguku Untukmu) dan Nikki Palikat (Drama).

Selain itu, Shidee (Malam), Sa. Ya (Gerhana), Upiak Isil (Parah), Azan Scan (Sekelip Mata Kau Berubah), Bandi Amuk (Untukmu Sayang) dan Aliff Aziz (Kasih Tak Sampai).

Selain Ramli MS, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang, penyanyi Datuk Syafinaz dan pelakon Datuk Ahmad Tamimi Siregar sebagai juri jemputan.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos bersama dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

nikkiNikki Palikat bawa lagu Drama.

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Aliff Aziz manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home jatuh kepada Sa. Ya.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain