suria

Asyraf Nasir rakam suara di rumah untuk lagu baharu 2PAI, ambil inspirasi peribahasa Melayu

Asyraf Nasir tampil dengan lagu baharu berjudul 2PAI yang diinspirasikan dari peribahasa melayu

PENYANYI baharu Asyraf Nasir memberitahu dia terpaksa menggunakan rakaman suara pertama yang dilakukan di rumah untuk lagu baharunya berjudul 2PAI kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman yang dilakukan di studio.

Menurut Asyraf, dia tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan karya berkenaan walaupun ketika itu berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya sebernarnya berniat untuk merakamkan lagu ini di studio, tetapi setelah beberapa rakaman, saya merasakan ia tidak sama macam hasil rakaman di rumah, jadi apa yang anda dengar adalah rakaman suara yang pertama iaitu yang saya lakukan di rumah.

“Saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk menulis lagu ini dan berkerjasama dengan Wolfy untuk komposisi lagu secara virtual oleh kerana PKP.

“Kami terpaksa berhubung menerusi panggilan video dan akhirnya lagu ini berjaya disiapkan pada tahun lepas,” ujar Asyraf.

Asyraf ditemui pada majlis pelancaran single keduanya 2PAI di Pulse Soundworks Studio, Kota Damansara, pada Sabtu.

Asyraf yang sebelum ini dikenali dengan lagu Tak Sangka kolaborasi bersama Zynakal dan Yonnyboii.

Video muzik (MV) lagu Asyraf Nasir berjudul 2PAI yang menampilkan Yonnyboi kini di Youtube

Asyraf bekerjasama dengan Yonnyboii.

Lagu ciptaan sepenuhnya Asyraf ini diinspirasi oleh peribahasa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, yang mengisahkan mengenai rezeki boleh diberi dan ditarik balik.

“Lagu ini berkisar sifat manusia yang angkuh bila memperoleh segalanya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai puncak tanpa memperdulikan isu moral dan kebaikan,”

“Ini peringatan untuk manusia supaya bahawa setinggi mana pun pencapaian, janganlah lupa titik permulaan, tiada siapa boleh capai kejayaan tanpa bantuan orang lain.” ujarnya.

Selain itu, apa yang menarik video muzik (MV) lagu 2PAI ini merupakan prekuel MV lagu Sheenta yang dinyanyikan oleh Yonnyboi yang juga turut menampilkan Arsyraf Nasir.

2PAI kini berada di semua platform digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube Music dan saksikan MV 2PAI di Youtube.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Asyraf Nasir, 2PAI, RAP, Video Muzik, Yonnyboi

Artikel Lain